Fly With Yaya
Fly With Yaya | |
---|---|
Genre | Animasi, Travelog, Pendidikan, Kanak-kanak |
Dibangunkan oleh | Animonsta Studios Creative Minds |
Ditulis oleh | Fatima Zafira Zaharan Meor Hizmin Amir Hassan |
Pengarah | Noriman Saffian Muhammad Akid Jamel |
Pelakon suara | Nur Sarah Alisya Zainal Rashid Nur Intan Syuhadah Anna Tanaka |
Penggubah | Nur Sharmine Md Bakri |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Nizam Razak Anas Abdul Aziz Safwan Karim Kee Yong Pin Ikuko Kokiso |
Penerbit | Rashdan Fahirurazi |
Penyunting | Noriman Saffian Muhammad Akid Jamel |
Lokasi | Tokyo, Kyoto, Osaka, Tohoku dan Omotenashi, Jepun |
Sinematografi | Noriman Saffian |
Syarikat penerbitan | Animonsta Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | YouTube Astro Prima |
Siaran asal | 23 November 2018 |
Rancangan berkaitan | BoBoiBoy BoBoiBoy Galaxy |
Pautan luar | |
Tapak sesawang penerbitan Animonsta Studios |
Fly With Yaya ialah sebuah siri pendek web[1] di YouTube yang diterbitkan oleh Animonsta Studios dan Creative Minds. Ia merupakan sempalan daripada siri animasi Animonsta, BoBoiBoy, dan dibintangi salah seorang watak utama siri itu, iaitu Yaya. Menurut laman web rasmi studio tersebut, siri ini ingin "[diterjemah dari bahasa Inggeris]...mengajar penonton tentang bahasa, etika budaya, dan tarikan-tarikan di negara yang dilawat oleh Yaya, di samping memaparkan aspek-aspek pelancongan halal."[1]
Panjang episod-episod siri ini lebih daripada 3 minit dan memaparkan Yaya (bersama dengan penonton) mempelajari budaya dan gaya hidup di negara yang dilawati, dari aspek-aspek yang berbeza. Ia mengisahkan Yaya yang mengembara seluruh dunia menerokai destinasi menarik dan mesra Muslim.[2]
Pelakon suara
[sunting | sunting sumber]Musim 1 dan 2
[sunting | sunting sumber]- Nur Sarah Alisya Zainal Rashid sebagai Yaya
Musim 3
[sunting | sunting sumber]- Nur Intan Syuhadah sebagai Yaya
- Anna Tanaka sebagai Tomoko
Senarai episod
[sunting | sunting sumber]Siri | Episod | Tayangan asal | |||
---|---|---|---|---|---|
Tayangan pertama | Tayangan terakhir | ||||
1 | 16 | 23 November 2018 | 23 September 2019 | ||
2 | 6 | 18 November 2019 | 23 Disember 2019 | ||
3 | 2 | 22 Disember 2022 | 30 Disember 2022 |
Tajuk episod adalah berdasarkan tajuk rasmi di saluran YouTube Monsta untuk episod-episod yang telah dikeluarkan di platform tersebut.
Fly With Yaya (2018 - 2019)
[sunting | sunting sumber]No. keseluruhan | No. dalam musim | Tajuk | Tarikh keluaran asal | |
---|---|---|---|---|
1 | 1 | "Shibuya Crossing: Lintasan Jalan TERBESAR Di Dunia" | 23 November 2018 | |
Ikuti Yaya dalam pengembaraannya menjelajah Jepun, di mana Yaya akan mempelajari tentang bahasa, keindahan budaya Jepun, makanan halal dan banyak lagi. Tunggu apa lagi? Jom Fly With Yaya! | ||||
2 | 2 | "Seni Upacara Minum Teh!" | 18 Disember 2018 | |
Yaya mempelajari tentang upacara teh Jepun di Keio Plaza Hotel! Sangat menarik dan unik sekali! Jepun memang terkenal dengan kehidupan yang teratur dan tenang seperti upacara teh ini. Jom, ikut belajar bersama Yaya? | ||||
3 | 3 | "Makanan Halal di Jepun!" | 18 Januari 2019 | |
Ikuti Yaya dalam pengembaraannya untuk mencari Makanan Halal di Negara Jepun! Nampak sedap betul makanan-makanan yang Yaya masak tu! Rasa lapar pulak tiba-tiba hehe. | ||||
4 | 4 | "Ada Apa Di Asakusa?" | 23 Februari 2019 | |
Seronok Yaya jalan-jalan di Asakusa dalam yukata yang cantik ni! Ada banyak benda menarik di sini! Jom ikut Yaya ke Asakusa! | ||||
5 | 5 | "Bakteria Baik?" | 12 April 2019 | |
Ada 30 billion bakteria hidup dalam sebotol Yakult! Nani?? Jom ikut Yaya belajar tentang Bakteria Shirota di Kilang Yakult! | ||||
6 | 6 | "Yakult Lady Yaya!" | 26 April 2019 | |
Harini Yaya nak belajar macam mana nak jadi Yakult Lady! Jom ikut Yaya! | ||||
7 | 7 | "Jalan-Jalan Arashiyama!" | 30 April 2019 | |
Cantiknya pemandangan musim luruh di Arashiyama, Kyoto! Kalaulah tiap-tiap hari musim luruh, kan best! | ||||
8 | 8 | "Sejadah Corak Kinran!" | 27 Julai 2019 | |
Cantiknya sejadah dengan corak Kinran ni! Jom tengok macam mana ia dihasilkan! | ||||
9 | 9 | "Makanan Jalanan Halal di Jepun" | 4 Ogos 2019 | |
Sedapnya makanan-makanan jalanan di Jepun ni! dan yang penting sekali, HALAL!! | ||||
10 | 10 | "Jelajah Expo Park" | 10 Ogos 2019 | |
Menjelajahi Expo '70 Park dan mencuba makanan tradisional Jepun, soba! | ||||
11 | 11 | "Budaya Ainu" | 17 Ogos 2019 | |
Jom belajar tentang budaya Ainu yang merupakan kaum orang asli di Jepun! | ||||
12 | 12 | "Tempura Daun Mapel" | 24 Ogos 2019 | |
13 | 13 | "Seni Amezaiku di Tokyo!" | 31 Ogos 2019 | |
Wahhh! Sedapnya Amezaiku ni! Siapa reti buat gula-gula Amezaiku? Cuba bagitahu dekat Yaya! | ||||
14 | 14 | "SAMPURU, Macam Makanan Betul?" | 9 September 2019 | |
Dari dulu lagi, restoran di Jepun akan upah artis professional untuk buat replika makanan, atau dikenali sebagai... Sampuru! Nak tengok macam mana sampuru dibuat? Jom ikut Yaya ke Design Pocket, Osaka! | ||||
15 | 15 | "Jom Belajar Buat Ramen Halal!" | 16 September 2019 | |
16 | 16 | "Dunia Mini di Tobu World Square!" | 23 September 2019 |
Fly With Yaya: Tohoku (2019)
[sunting | sunting sumber]No. keseluruhan | No. dalam musim | Tajuk | Tarikh keluaran asal | |
---|---|---|---|---|
17 | 1 | "YAYA MAKAN 100 MANGKUK?!" | 18 November 2019 | |
Bolehkah Yaya makan 100 mangkuk Wanko Soba? | ||||
18 | 2 | "RAKSASA DI YAMAGATA!" | 25 November 2019 | |
Ada raksasa di Gunung Zhao?! Betulkah? | ||||
19 | 3 | "LUKISAN MISTERI DI AKITA!" | 2 Disember 2019 | |
Terdapat banyak tempat menarik di Akita! | ||||
20 | 4 | "Ikan Tuna GERGASI Miyagi!" | 8 Disember 2019 | |
Tuna Gergasi?! Adakah anda serius? | ||||
21 | 5 | "Perkampungan Zaman Purba Aomori" | 15 Disember 2019 | |
22 | 6 | "Dr. Noguchi, di Fukushima!" | 23 Disember 2019 | |
Terdapat banyak tempat menarik di Fukushima! |
Fly With Yaya: Omotenashi (2022)
[sunting | sunting sumber]No. keseluruhan | No. dalam musim | Tajuk | Tarikh keluaran asal | |
---|---|---|---|---|
23 | 1 | "Penternakan Tiram" | 22 Disember 2022 | |
Yaya kini berada di Shiogama, wilayah Miyagi di Tohoku! Kelihatan Yaya ditemani oleh kawan barunya.. Tomo-chan! | ||||
24 | 2 | "Pengalaman Ryokan" | 30 Disember 2022 | |
Ryokan ialah penginapan gaya tradisional yang unik di Jepun. Jika anda benar-benar ingin merasai pengalaman Omotenashi, anda perlu menginap di ryokan sekurang-kurangnya sekali. |
Format
[sunting | sunting sumber]Panjang setiap episod Fly With Yaya adalah antara 3-4 minit, dan selalunya tertumpu pada satu aspek kehidupan seharian atau budaya negara yang dilawat oleh Yaya. Contohnya, episod pertama memaparkan Persimpangan Shibuya yang terkenal di Jepun, manakala episod kedua menerangkan langkah-langkah dalam tradisi upacara minum teh Jepun.
Setiap episod biasanya didahului dengan pembayang atau klu kepada destinasi seterusnya di laman media sosial Yaya atau BoBoiBoy, dan diiringi pula dengan foto dan trivia tempatan.
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Video-video Fly with Yaya adalah campuran animasi komputer 3D (biasanya hanya watak Yaya) yang ditindih dengan video aksi langsung untuk mewujudkan ilusi bahawa watak fiksyen itu sememangnya di dalam babak tersebut. Sesetengah babak video-video ini juga mungkin memaparkan gaya seni yang berbeza seperti lukisan 2D untuk menerangkan sejarah sesuatu subjek, atau Yaya versi chibi semasa babak-babak memberi maklumat.
Pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2020, musim kedua siri ini berjudul "Fly With Yaya Tohoku" telah dicalonkan bagi kategori Anugerah Pendatang Baharu, Anugerah Kecemerlangan Licensing International 2020 di Amerika Syarikat.[2] dan juga Anugerah Inovasi dan Kepintaran bagi kategori Pengaturcaraan Kanak-kanak oleh Television Business International (TBI).[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Hana Z.A. (2019). "Join Yaya's adventures across the world in Fly With Yaya!". Monsta. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
- ^ a b "Fly With Yaya Tohoku, dicalon untuk anugerah antarabangsa". BHarian. 21 April 2020. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
- ^ BoBoiBoy (24 September 2020). "Congratulations!🌸🎉 Fly With Yaya Tohoku for being nominated in 🔸The Innovation & Ingenuity Award - Kids Programming for the Content Innovation Awards 2020!". Facebook. Dicapai pada 9 Disember 2023.