Pergi ke kandungan

Flavius Aetius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Flavius Aëtius atau ringkasnya Aëtius, (sekitar 396–454), dux et patricius, adalah seorang jeneral Rom semasa akhir zaman Empayar Rom Barat. Beliau adalah seorang komander tentera yang berkaliber dan orang yang paling berpengaruh di Empayar Rom Barat selama dua dekad (433-454). Beliau berjaya mempertahankan empayar daripada serangan-serangan orang gasar. Paling penting, beliau berjaya mengalahkan pasukan tentera gasar di Pertempuran Dataran Catalaunia, dan menamatkan serangan terkenal Atilla dari puak Huns pada tahun 451.