Flamenco
Flamenco ([fla.méng.ko]) difahamkan sebagai suatu bentuk seni profesional berdasarkan pelbagai tradisi muzik rakyat di selatan Sepanyol, terutamanya dalam kawasan autonomi Andalusia, Extremadura dan Murcia. Ia termasuk cante (nyanyian), toque (petikan gitar), baile (tarian), jaleo (penyuaraan dan bertepuk tangan bertepuk tangan), palmas (tepukan tangan) dan pitos (petikan jari). [1]
Seni tarian telah menjadi terkenal di seluruh dunia dan diajar di banyak negara bukan Hispanik, terutama Amerika Syarikat dan Jepun; negara kedua ini terutamanya mempunyai lebih banyak sekolah tarian daripada di Sepanyol sendiri.[2][3] Pada 16 November 2010, UNESCO menyenaraikan flamenco sebagai salah satu Mahakarya Warisan Lisan dan Tidak Ketara Manusia mereka. [4]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pada abad ke-20, Flamenco dikembangkan dari bentuk tari rakyat solo menjadi bentuk seni teater oleh para penari seperti Pastora Imperio, La Argentina, Argentinita, Vicente Escudero, Carmen Armayo dan sebagainya.[5]
Ciri utama persembahan
[sunting | sunting sumber]Intisari pertunjukkan Flamenco adalah menyanyi, menari dan memainkan alat muzik:[6]
Toque (mainan gitar)
[sunting | sunting sumber]Gitar yang digunakan dalam memainkan muzik flamenco sangat berbeza daripada gitar yang lain melalui binaan ia serta cara ia dimainkan. Pemain gitar sering bermain dengan meenrapkan irama asas - compás - yang cocok dengan perubahan perasaan penyanyi atau penari.[5]
Cante (lagu)
[sunting | sunting sumber]Lagu-lagu yang didendangkan dalam persembahan flamenco banyak dipengaruhi budaya-budaya masyarakat dunia Sepanyol, seperti orang Gitano, muzik kerajaan Islam Andalusia, lagu rakyat penduduk Andalusia itu sendiri serta unsur Afrika Barat dan Amerika Selatan. Kadangkalanya musik dimainkan tanpa tarian.[6]
Baile (tarian)
[sunting | sunting sumber]Tarian dalam flamenco ini bisa dilakukan secara secara solo, berpasangan atau berkelompok.[6] Ia diperlihatkan adanya pergerakan yang rancak dan beremosi melibatkan lenggangan badan, lambaian tangan (filigrano) dan hentakan kaki berirama (zapateado)[5] yang kerap secara spontan dan penuh semangat agar pertunjukan menjadi bertenaga dan menarik.[6] Para penari seringkali menari dengan menunjukkan duende, di mana mereka seakan-akan dirasuk emosi dari muzik dan tarian.[7] Duende ditampilkan pada saat pementasan cante jondo dalam suasana ilusif dengan menuangkan emosi dan impresi seperti gunung berapi yang akan meletus.[5] Banyak gaya tarian yang berbeza telah dikembangkan daripada asas-asas sebegini:
- Flamenco puro ("flamenco tulen") - paling dekat dengan pengaruh gitanonya, selalu dilakukan secara solo dan spontan.
- Flamenco clasico ("flamenco klasik") - dipengaruhi tarian asal orang Sepanyol, dilakukan secara berdiri tegak dan tampak kurang pergerakan pinggul dan pergerakan tangan lama seakan tarian balet.
- Flamenco nuevo ("flamenco baru") - dicirikan pemakaian kostum ringkas serta ketiadaan prop sampingan. Teknik koreografi juga ada digunapakai.
Penari lelaki diharuskan menari dengan penampilan maskulin, sedangkan penari wanita lebih bergerak dengan sikap tenang, bangga serta menunjukkan rasa keghairahan yang terkawal.[5]
Beberapa penari menggunakan kastanet yang diketuk-ketuk untuk menambah warna muzik, namun ada pula penari yang tidak memakai alat muzik tersebut kerana bunyian dianggap dapat mengurangkan keindahan tarian.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Landborn, Adair (2015). Flamenco and Bullfighting: Movement, Passion and Risk in Two Spanish Traditions. Jefferson, NC, USA: McFarland Books. m/s. 107–108. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2015. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Mendoza, Gabriela (2011), "Ser flamenco no es una música, es un estilo de vida", El Diario de Hoy, m/s. 52
- ^ En El Salvador la agrupación Alma Flamenca es considerada la máxima representante y pionera de este movimiento musical.Mendoza, Gabriela (2011), "Ser flamenco no es una música, es un estilo de vida", El Diario de Hoy, m/s. 52
- ^ "El flamenco es declarado Patrimonio Cultural Inmaterial de la Humanidad por la Unesco" (dalam bahasa Sepanyol). Yahoo Noticias. 16 November 2010.[pautan mati kekal]
- ^ a b c d e Encyclopedia Americana. 11. Grolier Incorporated. 1995. m/s. 369–370. ISBN 0-7172-0126-0.
- ^ a b c d e The World Book Encyclopedia, F. World Book, Inc. 2006. m/s. 226. ISBN 0-7166-0106-0.
- ^ Steven, Mark A (2000). Merriam Webster's-Collegiate Encyclopedia. Merriam Webster, Inc , Springfield, Massachusetts. m/s. 583. ISBN 0-87779-071-5 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan).
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Arredondo, Pérez; Herminia y García Gallardo, Francisco J. (2014). "Música flamenca. Nuevos artistas, antiguas tradiciones". Dalam Francisco J. García y Herminia Arredondo (penyunting). Andalucía en la música. Expresión de comunidad, construcción de identidad. Sevilla: Centro de Estudios Andaluces. m/s. 225–242. ISBN 978-84-942332-0-3.
- Mairena, Antonio; Molina, Ricardo (1979). Mundo y formas del cante flamenco (ed. ke-3). Librería Al-Ándalus.
- Martín Salazar, Jorge (1991). Los cantes flamencos. Granada: Diputación Provincial de Granada. ISBN 84-7807-041-9.