Pergi ke kandungan

Fitrah Wanita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fitrah Wanita adalah drama bersiri Malaysia 2010 yang disiarkan setiap Selasa mulai 13 Julai 2010, jam 12.30 tengah hari di TV2 mengisi slot Mid Day Delight. Diterbitkan oleh NHF Productions Sdn Bhd di bawah arahan Din Glamour. Nora Hendon sebagai penerbit kepada drama 13 episod ini.[1]

Kisah bermula dengan seorang lelaki yang bernama Wahab yang telah ditangkap kerana mencuri di sebuah kedai. Sementara itu, Rashidah, seorang majistret telah diarahkan untuk bertugas di Kuala Lumpur. Semasa dia sedang mencari rumah sewa di Kuala Lumpur dia ditegur oleh Sofiah, seorang wartawan dan penulis skrip drama sambilan serta Jamiah seorang pengusaha butik yang kebetulan tinggal di kawasan perumahan yang sama. Mereka memujuk supaya Rashidah tinggal di situ.

Semasa hari pertama Rashidah bertugas di mahkamah, dia telah bertembung dengan Insp. Aizat, seorang Pegawai Pendakwa di mahkamah. Insp. Aizat yang menyangkakan Rashidah seorang peguam cuba mengurat Rashidah.

Sementara itu, Sofiah teruk dikutuk oleh kawan-kawan sepejabatnya apabila drama yang ditulisnya disiarkan di RTM pada malam sebelumnya. Mereka mengatakan skrip Sofiah klise dan tidak menarik.

Sharifah Hanum pula berhadapan dengan masalah suaminya yang terlalu cemburu tentang hubungannya dengan Sudin, rakan kongsi di firma guaman mereka. Mereka seringkali bergaduh sehingga Sofiah terdengar pergaduhan mereka pada satu hari dan berfikir ia menarik untuk dijadikan cerita dalam skrip barunya.

Insp. Aizat memberanikan diri untuk mengajak Rashidah keluar makan. Keesokan harinya semasa di mahkamah dia termalu sendiri apabila mengetahui yang Rashidah ialah majistret yang baru bertugas di mahkamahnya.

Jamiah pula berhadapan dengan masalah ibu mertuanya yang terlalu mendesak agar dia cepat mendapat anak kerana dia sudah menunggu hampir 7 tahun untuk menimang cucu. Ibu Zaifuddin berusaha untuk memujuk dan meyakinkan Jamiah agar segera mendapat cucu dengan apa cara sekalipun kecuali mengambil anak angkat. Dia mahukan cucunya nanti dari dari darah dagingnya sendiri.

Konflik bermula apabila Wahab yang dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahannya menyimpan dendam terhadap Rashidah. Setelah dibebaskan dia mula mencari jalan untuk membalas dendam terhadap Rashidah yang kemudiannya turut melibatkan sama tiga sahabat baiknya itu.

Begitu juga pergolakkan rumah tangga yang melanda Sharifah Hanum dan suaminya, Yazid akibat cemburu buta suaminya itu terhadap hubungan baik Hanum dengan teman sekerjanya, Sudin. Pertengkaran demi pertengkaran berlaku yang kemudiannya menyebabkan Rashidah, Jamiah dan Sofiah yang rapat dengannya terlibat sama mahu menyatukan kembali hubungan suami isteri itu.

Lalu bagaimanakah setiap masalah yang berlaku dirungkai satu persatu? Mampukah empat sahabat baik ini menyelesaikan masalah mereka bersama?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Dibantu oleh

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Sahronizam & Badrul Muhayat Bintangi Drama Fitrah Wanita". Budiey. 14 Julai 2010.