Firdaus Jenar
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Firdaus Jenar (dilahirkan pada 5 April) merupakan seorang sutradara (pengarah filem/drama tv) dan pelakon. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran Dan Multimedia (Film) dari Universiti Multimedia Cyberjaya. Firdaus adalah di antara sutradara berpengalaman dan telah melahirkan banyak karya-karya yang mendapat sambutan penonton. Antara kejayaan beliau ialah merangkul Best Short Film award di Kota Kinabalu International Film Festival. Selain itu beliau telah mendapat pujian dalam karya-karyanya yang popular di RTM seperti CEO Asmara, Kapten Papa & Halilintar.
Firdaus Jenar | |
---|---|
Mohd Firdaus Bin Jenar | |
Kelahiran | Lahir 5 April Alor Setar, Kedah |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda |
Pekerjaan | Sutradara (pengarah filem dan drama) & Pelakon |
Tahun aktif | 2015 - kini |
Ibu bapa | Dato' Sri Haji Jenar Lamdah, Hjh Fauziah Hj Ismail, Datin Sri' Habiba Abdullah, Hj Amin Bin Kamah |
Kepujian | Telefilem popular RTM - Pengarahan: CEO Asmara, Halilintar, Kapten Papa & Watak "Taki" - Pelakon - Filem: Namatai From Kinabalu With Love |
Laman web rasmi | https://www.instagram.com/firdaus_jenar/ https://www.imdb.com/name/nm14902653/?ref_=ext_shr_lnk |
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Alor Setar, Kedah dan membesar di Petaling Jaya, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah, Firdaus memulakan pendedahan beliau kepada dunia kreatif dari zaman kanak-kanak hasil dorongan ibubapanya. Beliau beruntung kerana lahir dalam keluarga seni di mana bapanya ialah seorang penulis dan pengarah teater sebelum menjadi pegawai kerajaan. Ibunya pula seorang pelakon teater dan penari tradisional di universiti. Ke dua-dua bubapanya lahir dari fakulti seni Universiti Malaya. Dari kecil Firdaus dibiasakan dengan dunia kreatif dalam bentuk musik dan filem.
Semasa masih dalam pengajian di universiti, Firdaus telah aktif dalam bidang videografi, musik dan teater. Beliau di antara alumni untuk SPARK, sebuah organisasi persembahan khas di MMU yang berkaitan seni media kreatif. SPARK banyak membuat kolaborasi dengan agensi kreatif lain seperti Istana Budaya dan Actor Studio Bangsar. Dalam bidang musik, beliau juga pernah membuat persembahan seperti di Layar Tanchap, Rock The World dan beberapa event terbuka di sekitar Kuala Lumpur.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]2005 - 2008 : Penglibatan awal
[sunting | sunting sumber]Antara kerjaya awal Firdaus dalam dunia seni ialah sebagai penyampai radio dan sessionist. Beliau juga pernah menjadi sound engineer di Say Music Sdn Bhd, sebuah syarikat rakaman di Kota Kinabalu Sabah.
Namun beliau berhenti dari dunia seni apabila mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai projek dalam sebuah GLC milik kerajaan.
2010 - 2015 : Permulaan karier dalam dunia seni perfileman
[sunting | sunting sumber]Oleh kerana masih menyayangi bidang seni, Firdaus mengambil keputusan untuk kembali aktif walaupun dalam separuh masa. Setiap tahun beliau menggunakan cuti tahunan atau hujung minggu untuk kerja-kerja pengambaran. Beliau juga aktif menjadi photographer dan mengarah video musik.
Pada tahun 2015, FINAS telah menjalankan sebuah bengkel penulisan skrip dan peningkatan taraf. Firdaus telah menyertai kursus tersebut dan di sana beliau telah bertemu dengan Allahyarham Martias Ali, seorang penulis lakon layar yang terkenal dengan karya filem Libas dan Capsule. Firdaus juga beruntung apabila berjumpa dengan pelakon popular pada waktu itu iaitu Zaidi Omar. Ke dua-dua figura dalam dunia seni perfileman ini banyak memberikan tunjuk ajar kepada Firdaus. Selain itu, Firdaus pernah menjayakan sebuah iklan bersama pelakon terkenal tanahair, Fazura.
Firdaus juga telah menyertai DFKL yang pertama diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Hasil dari menyertai program DFKL itu telah membuka ruang kepada beliau untuk mula berkarya sebagai penulis secara professional. Karya pertama beliau telah dijadikan drama bersiri bertajuk "Projek Nadia" yang diarahkan oleh Along dan diterbitkan oleh Padi Pictures Sdn Bhd, untuk siaran di TV9 Media Prima.
2015 - kini: Karier dipersada arus perdana
[sunting | sunting sumber]Perjumpaan dengan Dato' Jurey Latiff Rosli, seorang pengarah terkenal yang memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Seri Angkasa telah mengubah nasib beliau dan membuka jalan yang luas untuk terus maju dalam industri perfileman di Malaysia. Dato' Jurey secara tidak lansung menjadi mentor kepada beliau dan persahabatan mereka kekal sehingga kini.
Atas tunjuk ajar Dato' Jurey, Firdaus semakin aktif dalam pembikinan skrip dan lakon tv. Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai jurukamera, penata cahaya, konti dan pengurusan produksi. Kepercayaan Dato' Jurey ke atas kemampuannya, beliau diangkat menjadi pembantu pengarah (assistant director) untuk beberapa projek-projek besar Dato' pada masa itu. Antara karya-karya tersebut adalah Tangisan Akinabalu, Budak Pasar dan Negaraku: 16 September. Selain itu, beliau bersahabat baik dengan pelakon, pengarah dan penulis lakon layar terkenal Yus Waisar dan Marlin Malalin. Populariti beliau juga semakin meningkat dikalangan para penerbit lain khususnya di Sabah dan beliau berkenalan dengan Haji Muktar Paduai, seorang penerbit dari Sabah.
Pertemuan itu juga menemukan beliau dengan pengarah Jamil Mutalib, Napi Dollah dan Rehan Yaakob. Insan-insan ini telah banyak memberi petunjuk dan dorongan kepada beliau untuk terus bekarya.
Pada tahun 2018, Firdaus terpaksa berhenti dari kerja hakikinya apabila GLC tersebut telah ditutup oleh arahan kabinet Sabah. Hilang punca pendapatan, Firdaus bersyukur kerana masih mampu mencari nafkah dalam dunia perfileman yang selama ini hanya menjadi sumber pendapatan sampingan beliau.
Selain bekerja sebagai krew belakang tabir, Firdaus juga mulai aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan. Salah satu karya lakonan dan pengacaraan pertama beliau ialah telefilem Mangaramai dan program majalah Chief D.I.Y yang ditayangkan di RTM.
Tahun 2018 pula membuka lebaran baru dalam karier Firdaus apabila beliau diberi kepercayaan untuk mengarah sebuah telefilem bertajuk Menjiwai Bukan Jiwa. Telefilem itu merupakan karya pertama beliau dan mendapat sambutan penonton dengan rating A di RTM. Hasil kejayaan itu telah meletakkan Firdaus di antara pengarah-pengarah muda yang mulai terkenal disamping mempunyai kreativiti yang istimewa.
Dunia Sutradara & Lakonan
[sunting | sunting sumber]Bermula tahun 2018, Firdaus sudah mulai aktif mengarah dan berlakon dalam produksi filem, telefilem dan drama tv. Antara kejayaan beliau sebagai Sutradara ialah apabila mendapat kepujian gred A dalam beberapa buah telefilem yang popular hasil arahan beliau antarayanya adalah CEO Asmara, Kapten Papa dan sebuah telefilem istimewa bertajuk Halilintar mengenai FPV drone racing. Konsep tersebut sangat segar dan baharu sehingga pihak RTM memainkan lebih 10 kali dari tahun 2020 sehingga 2022.
Dalam bidang lakonan pula, Firdaus telah banyak melakonkan pelbagai jenis watak yang berbeza cabaran dan kompleks. Antara lakonan beliau yang mendapat pujian ialah di dalam filem Namatai From Kinabalu With Love, di mana beliau membawa watak "Taki". Filem tersebut diarahkan oleh Marlin Malalin. Kejayaan itu membuka ruang baharu untuk Firdaus membawa watak Khairy dalam spin off-filem tersebut, iaitu sebuah drama bertajuk Onduri yang ditayangkan di RTM. Selain itu, watak-watak beliau dalam drama Pelangi Kalabakan sebagai Jali, Sutera Bayu sebagai Izanee dan Koperal Adnan dalam Pawang Nong yang turut dibintangi oleh Shahronizam Noor dan Mior Hashim Manap[1], mendapat pujian dari panel dan penonton.
Baru-baru ini beliau juga telah menjayakan beberapa produksi sebagai pelakon dan pengarah. Antara projek-projek terbaru beliau adalah filem Mantera, diarahkan oleh Chester Pang, di mana beliau memainkan watak Koperal Freddy bersama dua pelakon terbaik dan popular Malaysia, Syafie Naswip dan Namron. Selain itu, beliau juga melakonkan watak seorang guru dalam supertele arahan Dato' Jurey iaitu Marlin Omadal. Firdaus juga membawa watak seorang pemuda melayu yang dibesarkan dalam keluarga Cina dan pandai berbahasa Mandarin dalam drama bersiri bertajuk San Ren Xing: 3 Sekawan. Watak tersebut merupakan antara yang paling mencabar kerana perlu berdialog dalam bahasa Mandarin. Drama tersebut dibintangi oleh ramai pelakon popular berbangsa cina dari Malaysia dan Hong Kong.
Selain itu, beliau baru sahaja habis mengarah 2 buah telefilem iaitu Rentak Seri yang dibintangi oleh Isyariana Che Azmi, Syazuwan Hassan dan Bobby Kiran serta Cikgu Ku Paling Ohsem yang dibintangi oleh Lia Natalia dan Azam Pitt. Semua karya ini akan ditayangkan pada tahun 2025 di pawagam dan RTM.
Filmography
[sunting | sunting sumber]Filem:
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan Sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | Pelakon | |||
2018 | Tangisan Akibalu | Tayangan Pawagam - bertugas dibelakang tabir | |||
2022 | Namatai: From Kinabalu With Love | x | Tayangan Pawagam - watak - Taki | ||
2024 | Mantera | x | Tayangan Pawagam - watak - Koperal Freddy |
Telefilem & Supertele:
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan Sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | Pelakon | |||
2017 | Mangaramai | x | x | Telefilem RTM | |
2017 | Cikgu Halim | x | Telefilem RTM | ||
2018 | Hidupku Matiku | x | x | Telefilem RTM | |
2018 | Hatinya Bersalut Emas | x | Telefilem RTM | ||
2018 | Budak Pasar | x* | x | x | Bertugas sebagai Assistant Director - Supertele |
2019 | Suminundu | x | Telefilem RTM | ||
2019 | Kubur Perajurit Tidak Bernama | x* | x | Bertugas sebagai Assistant Director - Telefilem RTM | |
2019 | Menjiwai Bukan Jiwa | x | x | x | Telefilem RTM - Kepujian (A) RTM |
2019 | Negaraku 16 September | x* | x | Bertugas sebagai Assistant Director - Supertele ASTRO & RTM | |
2020 | Halilintar | x | x | x | Telefilem RTM - Anugerah telefilem terbaik kepujian (A) RTM |
2022 | Pawang Nong | x | Supertele RTM | ||
2022 | Kapten Papa | x | x | Telefilem RTM - Kepujian (A) | |
2022 | CEO Asmara | x | x | x | Telefilem RTM - Anugerah telefilem popular kepujian (A) |
2024 | Marlin Omadal | x | Supertele RTM | ||
2024 | Cikgu Ku Paling Ohsem (CPO) | x | x | Telefilem RTM - Khas Hari Malaysia | |
2024 | Rentak Seri | x | x | x | Telefilem RTM - Panggung RTM |
Drama Bersiri:
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan Sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | Pelakon | |||
2017 | Projek Nadia | x | TV 9 Media Prima | ||
2020 | Pelangi Kalabakan | x | Drama bersiri RTM - watak: Jali | ||
2021 | Onduri | x | Drama bersiri RTM - watak: Khairy | ||
2022 | Sutera bayu | x | Drama bersiri RTM - watak - Izanee | ||
2024 | San Ren Xing | x | Drama bersiri RTM - watak - Aman |
Majalah TV & Dokumentari:
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan Sebagai | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | Pelakon | |||
2017 | Malatop Bah | x | RTM | ||
2018 | Chief DIY | x | x | RTM | |
2018 | Rentak Bayu | x* | x | Pembantu pengarah - RTM | |
2019 | Malaysian Pangolin | Jurukamera - Nat Geo | |||
2019 | Melangkah Sejarah | x | x | Dokumentari FINAS | |
2019 | Karabaw: The Last Buffalo Warriors | x | x | Dokumentari FINAS |
Anugerah kepujian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kepujian | Karya | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Telefilem Popular | CEO Asmara | Gred A |
2022 | Telefilem Popular | Kapten Papa | Gred A |
2020 | Telefilem popular | Halilintar | Gred A |
2018 | Best Short Film Award | Saigo No Hikari | Winner |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- https://majoriti.com.my/relaks/2024/09/04/039kita-kan-dalam-hujan039-masih-ingat-kamala-senario-lagi-tak-sangka-dah-jadi-039pesilat039-lepas-lama-menyepi
- https://www.myinfotaip.com/2020/05/halilintar-tv2.html
- https://www.myinfotaip.com/2023/12/namatai.html
- https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2018/10/05/akinabalu
- https://www.myinfotaip.com/2023/08/pawang-nong.html
- https://www.myinfotaip.com/2017/09/negaraku-16-september.html
- https://www.myinfotaip.com/2017/09/negaraku-16-september.html
- https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20180923/282243781513042?srsltid=AfmBOor1dovitTOpB4ieX65VlesdoLSt96sOgW10c6tt0g2P3EYt53hF
- ^ Myinfotaip (13 Ogos 2023). "Pawang Nong". myinfotaip.com.