Pergi ke kandungan

Raja Bersiong (filem 1968)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Raja Bersiong 1968)
Raja Bersiong
PengarahJamil Sulong
PenulisTunku Abdul Rahman
Lakon layarTunku Abdul Rahman
Cerita olehTunku Abdul Rahman
Dihasilkan olehRunme Shaw
DibintangiAhmad Mahmud
Sarimah
Aziz Jaafar
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik olehYusoff B.
Kassim Masdor
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1968
NegaraSingapura
BahasaMelayu
BajetRM 750000

Filem Raja Bersiong merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1968. Filem Raja Bersiong diterbitkan dalam bentuk filem warna (Eastman Color).

Filem Raja Bersiong ini telah diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1968 dan juga pernah juga oleh Ramon A. Estella pada 1963. Ia merupakan antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tugu Peringatan Rosli Dhobie. Ia merupakan kisah yang diadaptasi dari penulisan Tunku Abdul Rahman.

Pada pertengahan 1960-an, merupakan tempoh kemelut industri perfileman di Singapura. Filem Raja Bersiong yang dihasilkan oleh Malay Film Productions dalam format filem warna ternyata berkos tinggi.

Ia merupakan filem termahal yang dihasilkan oleh Malay Film Productions, dan tempoh rakamannya berlanjutan dari tiga kepada lima bulan. Sungguhpun ia disiapkan pada 1967, filem ini tidak dibebaskan sehingga January 1968. Pada ketika itu, Shaw Brothers telah pun menutup Malay Film Productions. Cathay Keris turut mengundur diri dari bidang perfileman pada 1973.

Beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan industri perfileman di Singapura pada akhir 1960-an termasuk saingan dari televisyen. Kenaikan kos stok dan bahan filem dan pemprosesannya turut menyumbang kepada peningkatan kos. Hal ini ditambah lagi dengan tuntutan dari para artis yang dibayar murah, dan Malay Film Productions terutamanya dilumpuhkan oleh artisnya yang mogok pada 1964 selama beberapa bulan.

Raja Ong Maha Perita Deria memerintah Negeri Kalaha. Baginda yang disanjungi rakyatnya itu mula berkelakuan aneh setelah baginda didatangi Raja Gergasi yang merupakan jelmaan jin. Raja Gergasi tersebut meminta baginda agar menyembahnya sebagai tuhan agar baginda sentiasa berkuasa di dalam kerajaannya.

Oleh kerana baginda terpengaruh dengan Raja Gergasi, baginda mengubah agamanya dan memaksa rakyatnya serta seluruh isi istana agar mengikut agama yang baru . Pada suatu hari, baginda murka kerana masakan yang dihidang kepadanya tidak enak. Namun, dia akhirnya berselera semula dan bertanya kepada tukang masaknya mengenai ramuan digunakan. Tukang masak itu memberitahu darahnya masuk ke dalam makanan raja kerana tangannya terluka. Sejak hari itu, Raja Ong terus menggemari darah sehingga tumbuh siung diantara gigi manis dan baginda digelar sebagai Raja Bersiung.

Setiap hari, ada sahaja orang dibunuh untuk mendapatkan darah . Tabiat itu tidak dapat ditinggalkan oleh Raja Bersiung sehingga baginda sanggup membunuh rakyat jelata untuk memenuhi hasratnya. Menteri-menteri baginda berpakat untuk menggulingkan Raja Bersiung kerana tidak tahan dengan kezalimannya. Setelah istana raja dikepung, Raja Bersiung melarikan diri ke dalam hutan dan tinggal di sebuah kampung. Baginda kemudiannya mengahwini gadis tempatan dan memulakan kehidupan barunya di kampung tersebut.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]