Pergi ke kandungan

Raja Bersiong (filem 1963)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Raja Bersiong 1963)
Raja Bersiong
Filem Raja Bersiong (1963)
PengarahRamon A. Estella
Dibintangi
SinematografiHitam-putih
Muzik olehOsman Ahmad
Diedarkan olehCathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
1963
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Filem Raja Bersiong merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1963. Filem Raja Bersiong diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Raja Bersiong mempunyai 2 versi yang diarah oleh pengarah Ramon A. Estella pada 1963 dan juga oleh pengarah Jamil Sulong pada 1968. Untuk filem versi tahun 1968, sinematografinya dalam filem berwarna terbitan Malay Film Productions Ltd.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Seorang raja berketurunan Siam (Malek Selamat) bersama menterinya, Datuk Guntur (Ahmad Nisfu) berserta askar mereka berada di sebuah kampung bernama Kampung Gading. Di situ, mereka bertemu seorang lelaki gagah tetapi pekak dan bisu bernama Badang. Badang ialah orang suruhan anak perempuan Penghulu Hitam, Chomel (Maria Menado). Baginda yang menyamar sebagai pengawal mahu mengambil Badang sebagai pengiring kepada raja dan berkahwin dengan Chomel. Chomel pula terkejut besar apabila mengetahui suaminya adalah seorang raja apabila dia dibawa ke istana. Perkongsian hidup Raja dan Chomel telah dikurniakan seorang putera lelaki, Putera Johan (Eddy Ali).

Pada suatu hari, Baginda murka kerana masakan yang dihidang kepadanya tidak enak. Hal ini telah merungsingkan dua orang tukang masaknya. Mereka ialah Ali (Asnawi) dan Alang (Alias Congo) telah berpakat pergi ke sebuah gua di Bukit Pelanduk untuk mencari beberapa ekor kelawar. Tujuannya untuk membuat santapan Baginda raja agar lebih sedap. Tetapi, jari Alang telah terluka ketika dia sedang memotong sayur bayam merah. Dengan kesuntukan masa, sayur bayam tersebut sudah bercampur dengan darahnya terpaksa dihidangkan kepada Baginda raja.

Namun, Baginda raja akhirnya berselera semula dan memberi hadiah kepada tukang masak dan Dara (Marsiati) diatas keenakkan santapan tersebut. Baginda Raja berharap santapan seterusnya mestilah enak seperti santapannya ini. Alang juga dinaikkan pangkat menjadi Datuk Bandar. Baginda ada bertanyakan kepada Alang mengenai ramuan digunakan. Dia yang ketakutan untuk berterus terang kepada Baginda raja. Akhirnya, Alang terpaksa memberitahu bahawa darahnya telah bercampur bersama ke dalam lauk santapan Baginda raja kerana tangannya terluka ketika memotong sayut bayam merah.

Beberapa hari kemudian, Baginda raja mulai kebingungan dan keresahan kerana baginda perasan telah ditumbuhi 2 biji gigi taring (siong) dan baginda mula dahagakan darah manusia untuk menjadi santapannya. Baginda juga sering mengalami mimpi yang seram dan ngeri semasa tidur. Keadaan di kampung menjadi huru hara ekoran banyak kematian setiap hari. Kematian disebabkan dibunuh oleh Bagunda raja. Bagindalah yang menghisap darah manusia sehingga mati terutamanya dari golongan banduan istana. Seorang demi seorang terbunuh. Baginda raja menjadi semakin buas dan terpaksa memencilkan dirinya dari khalayak ramai. Baginda raja juga bimbang untuk keluar dari istana kerana takut menjadi pembunuh rakyat jelata.

Pada suatu malam, Chomel telah mengekori suaminya ke dalam hutan untuk melihat apa yang dibuatnya ke dalam hutan di malam hari begini. Alangkah terkejutnya, apabila dia melihat yang suaminya telah membunuh Si Jambul. Chomel jatuh pengsan, Baginda raja perasan kelibat Chomel di belakangnya dan Baginda telah menghantar pulang Chomel ke istana.

Ekoran kematian Si Jambul (Raden Sudiro), rakyat jelata telah bersepakat untuk menangkap Raja Bersiong itu. Raja Bersiong telah terperangkap semasa Baginda ingin mencari darah manusia. Tetapi baginda dapat melarikan diri. Baginda diselamatkan oleh Badang. Tetapi Badang telah dibunuh oleh orang ramai. Raja Bersiong menjadi manusia biasa kembali selepas gigi taring dicabut. Manakala Badang pula meninggal dunia di atas Bukit Pelanduk. Sementara itu, Putera Johan dijaga oleh Datuk Memanda Menteri dan akan ditabalkan sebagai pengganti Raja yang seterusnya. Chomel pula telah mendaki Bukit Pelanduk untuk bertemu dengan suaminya. Mereka berdua telah melarikan diri ke sempadan Siam untuk memulakan kehidupan yang baru.

  • Malek Selamat sebagai Raja Bersiong
  • Maria Menado sebagai Chomel
  • Ahmad Nisfu sebagai Datuk Guntur
  • Ebby Saiful sebagai Putera Johan
  • Izat Emir sebagai Datuk Memanda Menteri
  • Raden Sudiro sebagai Si Jambul
  • Asnawi sebagai Ali (Tukang Masak)
  • Marsita sebagai Dara (Tukang Masak)
  • Alias Congo sebagai Alang (Tukang Masak kemudian dilantik sebagai Datuk Bandar)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]