Penyamun Si Bongkok
Penyamun Si Bongkok | |
---|---|
Pengarah | M. Amin |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Hitam-putih |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1973 |
Masa tayangan | 1 jam 40 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penyamun Si Bongkok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1973. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem ini diarahkan oleh M. Amin pada tahun 1973 dan merupakan filem arahan pertamanya terbitan Merdeka Film Productions selepas berhijrah dari produksi Cathay-Keris Film Productions.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Hitam (Latiff Borgiba) yang telah terpisah dengan keluarganya kerana kecacatan fizikal tubuh badannya. Beberapa tahun kemudian, Hitam menuntut ilmu persilatan isim dengan mahaguru (Dali Siliwangi) sehingga dia menjadi satria dan kebal. Mahagurunya sempat memberitahu kepada Hitam, tubuhnya akan tercedera jika dipukul oleh saudara kandungnya sahaja. Orang lain tidak boleh apa-apakan tubuhnya. Itu adalah sebagai panduan untuk dia mencari ahli keluarganya. Setelah tamat menuntut ilmu persilatan, Hitam mengambil keputusan untuk pergi ke kampung asalnya untuk mencari keluarganya. Setibanya di kampung tersebut, Hitam tidak disukai kerana dia juga pernah menuntut ilmu dengan seorang lagi mahagurunya yang digelar sebagai ketua penyamun kampung. Hitam digelar si Bongkok dan kerap diganggu serta dipandang hina oleh penduduk kampung. Bongkok selalu membuat kebaikan terhadap orang kampung yang teraniaya. Beliau seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan mempunyai ilmu kekebalan yang tinggi. Suatu hari, si Bongkok telah dituduh mencabul Tanjung (Sharifah Hanim) anak kepada Tok penghulu (Tamam Idris). Sebenarnya Ladim (Tony Azman) yang mencabulnya. Tetapi Bongkok yang diseksa. Bongkok sangat kecewa dan berputus asa untuk membantu orang ramai kerana jasanya tidak pernah dihargai. Bongkok mengambil keputusan membawa diri dan bersumpah akan membalas dendam kepada orang kampung suatu hari nanti. Setibanya di dalam gua, telah berlaku pemberontakan di kalangan rakan-rakannya yang berkomplot membunuh mahaguru (Ibrahim Sabtu). Bongkok terus membalas dendam dengan ketua dalang tersebut lalu dibunuhnya. Sementara itu, Ladim mulai membuat onar di dalam kampung. Dia ingin merampas Tanjung dari Putih. Ladim juga cuba menggangu Melor, adiknya Putih. Manakala Bongkok yang dilantik sebagai ketua penyamun dan para pengikutnya telah membuat kacau dan memeras ugut orang kampung sebagai jaminan keselamatan agar tidak dicederakan.
Tok penghulu dan para pengikutnya bekerjasama untuk membasmi kumpulan penyamun yang menyerang di kampungnya. Di dalam hutan, kedua-dua kumpulan ini bertembung lalu mereka beradu tenaga sehingga kumpulan tok penghulu melarikan diri. Ladim pula sempat menculik Melor untuk diperkosanya. Tetapi dengan jeritan dari Melor, Bongkok dan pengikutnya berjaya memberkas Ladim. Melor menjadi tawanan Bongkok. Bongkok bertanyakan siapakah namanya, dan Melor memberitahu namanya. Baharulah Bongkok tersedar yang Melor adalah adik kandungnya. Bongkok menghantar pulang Melor ke rumah, disitulah Bongkok bertemu dengan ibunya, Delima. Bongkok telah terpisah dengan keluarganya sejak kecil lagi.
Bongkok dan pengikutnya bertandang ke rumah tok penghulu untuk membalas dendam di atas perbuatan terkutuknya tempoh hari. Ketika itu, Ladim ditugaskan mengawasi rumah tok penghulu. Ladim beradu tenaga dengan Bongkok, setibanya tok penghulu dan para pengikutnya balik dari rondaan kampung mereka ternampak akan pergelutan diantara Ladim dan Bongkok. Kedua-dua kumpulan ini sekali lagi bergelut. Bongkok yang berjaya menewaskan Ladim telah menyelinap masuk ke dalam rumah tok penghulu dan menculik Tanjung sebagai tawanannya. Bongkok mengajak tok penghulu beradu tenaga dengannya. Tok penghulu berjaya dicederakan lalu Putih mengambil tempat untuk membunuh Bongkok. Tiba-tiba, lengan Bongkok terluka dek kerana libasan parang dari Putih. Barulah Bongkok menyedari yang Putih adalah adik kandungnya yang sah. Bongkok seperti tidak mahu membunuh adiknya walaupun dia mampu melakukan. Dengan kesilapannya, Putih berjaya menikam tubuh Bongkok sehingga dia meninggal dunia. Delima, Melor dan adiknya lagi seorang terlewat tiba untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Nasi telah menjadi bubur. Putih amat menyesali tindakan membunuh abangnya, Hitam dengan tidak sengaja. Tok penghulu mengaku akan kesilapan lampaunya yang memisahkan Hitam dari ahli keluarganya sehingga menganggap Hitam sebagai penjahat bila dia sudah kembali mencari semula semua ahli keluarganya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Latiff Borgiba sebagai Hitam / Bongkok
- Sharifah Hanim sebagai Tanjung
- Tony Azman sebagai Ladim / Putih
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Tamam Idris sebagai Tok Penghulu
- Dali Siliwangi sebagai Putih dewasa
- Ibrahim Sabtu sebagai Mahaguru
- Mak Enon
- A. K. Jailani
- Osman Botak
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Faizal Hussein sebagai Ladim / Putih (kecil)