Pancha Indera Harimau Berantai
Pancha Indera Harimau Berantai | |
---|---|
Pengarah | S. Kadarisman |
Penulis | S. Kadarisman |
Lakon layar | S. Kadarisman |
Dihasilkan oleh | Vee Meng Shaw |
Dibintangi | Ed Osmera Hussein Abu Hassan |
Sinematografi | Hitam Putih |
Muzik oleh | Ahmad Nawab |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1970 |
Masa tayangan | 100 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pancha Indera Harimau Berantai merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1970. Filem Pancha Indera Harimau Berantai diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem ini diarahkan oleh S. Kadarisman, filem ini merupakan filem sekuel kepada filem Panglima Harimau Berantai terbitan tahun 1970 juga diarahkan oleh S. Kadarisman.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Andi Ujang @ Harimau Berantai telah memulakan pengembaraannya setelah kematian isterinya Tanjong yang mati ketika melahirkan anaknya. Sri Mawar telah diserahkan jagaannya kepada seorang lelaki yang dipanggil Bapak. Sewaktu pengembaraannya, Andi Ujang telah membantu Kiyai Wijaya yang telah diserang oleh kuncu-kuncu Andika dan Pinchang.
Kiyai Wijaya membawa Andi Ujang tinggal dirumahnya. Dia tinggal bersama dua orang anaknya iaitu Teruna dan Angrini. juga seorang cucu bernama Putra. Kiyai Wijaya menceritakan kepada Andi Ujang yang dia merupakan pewaris kepada keris pusaka yang mempunyai kuasa sakti bernama Pancha Indera.Sebelum kematiannya, Kiyai Wijaya telah meminta Andi Ujang menjaga keris Pancha Indera dan keluarganya.
Pada suatu hari, Pinchang telah datang ke rumah kerana ingin mencuri keris Pancha Indera.Pinchang berjaya mencuri keris itu dan membunuh Teruna dan Angrini. Andi Ujang mahu menuntut bela di atas kematian mereka dan menjadikan Putra anak angkatnya. Sewaktu pertarungan Andi Ujang dan Pinchang, Pinchang telah menggunakan kuasa keris Pancha Indera kepada Andi Ujang dan menyebabkannya menjadi buta. Seorang perempuan tua telah menyelamatkan Andi Ujang dan Putra dan membawa mereka tinggal di rumahnya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Ed Osmera sebagai Andi Ujang / Panglima Harimau Berantai
- Hussein Abu Hassan sebagai Pinchang
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Idris Hashim sebagai Kiyai Wijaya
- Tamam Idris sebagai Penjaga Sri Mawar
- Ismail Mahmud sebagai Teruna
- Chik Ahmad sebagai Nenek
- S. Kadarisman sebagai Pendekar Gempita Alam
- M. Shahdan
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Normah Is
- Nasir P. Ramlee