Manis-Manis Sayang
Manis-Manis Sayang | |
---|---|
Pengarah | M. Amin |
Penulis | M. Amin |
Dihasilkan oleh | Deddy M. Borhan |
Dibintangi | A. R. Badul Maria Arshad Hussein Abu Hassan |
Disunting oleh | Mohd Nor Tagaya |
Muzik oleh | Nasir P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1983 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Manis-Manis Sayang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1983. Filem Manis-Manis Sayang diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Manis-Manis Sayang mula ditayangkan pada 1983 di pawagam seluruh negara. Menampilkan A. R. Badul dan ramai lagi.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Manis-Manis Sayang diarah oleh pengarah M. Amin pada 1983.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan Jalil (A. R. Badul) telah menghantar surat untuk berhenti bekerja kerana terlalu marah dengan GM Bahadom (Hussein Abu Hassan) yang selalu memarahi dan memalukannya di hadapan khalayak ramai. Sementara itu, GM Bahadom telah menerima arahan dari Datuk (M. Suki) untuk menghantar seorang pegawai ke luar negara. Oleh kerana membencikan Jalil dan mahu memisahkannya dari Rosnah (Maria Arshad), GM Bahadom akan mencadangkan Jalil untuk dihantar ke luar negara.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- A. R. Badul (A.M.N.) sebagai Jalil
- Maria Arshad sebagai Rosnah
- Hussein Abu Hassan sebagai Bahadom
- Yahya Sulong sebagai Budak pejabat
- Sukarni Jaafar sebagai Mona
- Rose Iskandar sebagai Rozita
- S.A. Bakar sebagai Jidal
- M. Suki sebagai Datuk
- Jubar Guriaman sebagai Bujal
- Wan Harun sebagai Inspektor Rostam
- Jan Ismail sebagai Emak Rosnah
Lagu
[sunting | sunting sumber]- Manis-Manis Sayang - nyanyian Junainah M. Amin & Deddy M. Borhan