Pada 2009 memperlihatkan banyak filem pelbagai genre menjengah panggung Malaysia untuk tayangan. Hal ini membawa pertumbuhan kepada industri perfileman negara yang boleh membawa keuntungan kepada penerbit atau pengeluar filem.
Finas telah menngumumkan pencalonan untuk FFM 22 dengan filem Talentime mendahului saingan dengan 13 pencalonan diikuti dengan filem Setem 11 pencalonan, Papadom 10 pencalonan, serta Syurga Cinta & Maut masing-masing dengan 8 pencalonan. Kelima-lima filem tersebut tercalon untuk Filem Terbaik. Yasmin Ahmad menjadi satu-satunya calon yang telah meniggal dunia yang tercalon untuk kategori Pengarah Terbaik atas hasil karyanya yang terakhir iaitu Talentime.
Ogos
9
FFM 22 telah diadakan di Dewan Chanselor UMS, Kota Kinabalu. Anugerah utama ialah:
Penganjur, TV3 mengumumkan calon yang layak bertanding bagi kategori filem di Anugerah Skrin 2009. Calon yang layak merupakan filem-filem yang ditayangkan pada Ogos 2008 hingga Ogos 2009. Senarai calon dirahsiakan sehingga pada malam anugerah tersebut pada 4 Disember 2009.