Lanang Sejagat
Lanang Sejagat | |
---|---|
Pengarah | Omar Rojik |
Dibintangi | Ahmad Mahmud Hussein Abu Hassan |
Sinematografi | Hitam-putih |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1969 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Lanang Sejagat merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1969. Filem Lanang Sejagat diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Lanang Sejagat diarah oleh pengarah Omar Rojik pada 1969.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem Lanang Sejagat mengisahkan Sitara (Ahmad Mahmud) pergi mencari Datuk Merah, pembunuh bapanya. Dalam perjalanan dia telah diserang lalu diselamatkan oleh seorang pendekar buta yang handal bernama Kasa. Sitara diberitahu bahawa Datuk Merah telah pun mati. Dia terpaksa bermalam di rumah Kasa.
Sementara itu, ibu Sitara (Melati) dikunjungi oleh Penghulu yang bertanyakan Sitara. Setelah mendapat tahu Sitara pergi mencari Datuk Merah, penghulu mengarahkan orang-orangnya berbuat baik dengan Melati dan menghantar makanan. Sekembalinya Sitara, dia pergi berjumpa Penghulu yang meminta pertolongannya untuk membunuh Lanang Sejagat, seorang pendekar yang baru muncul di kampung mereka.
Pada suatu hari, Kasa dan anak perempuannya, Delima, berkunjung ke kampung Sitara. Ketika di rumah Sitara, terbongkarlah rahsia bahawa Kasa sebenarnya ialah Datuk Merah. Semuanya ini berpunca daripada Tok Penghulu yang cemburu akan bapa Sitara yang berkahwin dengan Melati. Tok Penghulu telah menyebabkan bapa Sitara terbunuh dan Datuk Merah atau Kasa menjadi buta. Sementara itu, Lanang Sejagat berjaya diperangkap oleh orang-orang Penghulu lalu diseksa. Sitara pergi menyelamatkan Lanang Sejagat dan mereka berdua berjaya menentang Tok Penghulu dan konco-konconya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Mahmud sebagai Sitara
- Hussein Abu Hassan sebagai Lanang Sejagat
- Khatijah Hashim
- Osman Botak
- Arman Yadi