Fernando Lopez
Fernando López | |
---|---|
Naib Presiden Filipina ke-8 | |
Dalam jawatan 30 Disember 1965 – 17 Januari 1973[1] | |
Presiden | Ferdinand Marcos |
Didahului oleh | Emmanuel Pelaez |
Digantikan oleh | Jawatan dihapuskan[2] Jawatan selepas itu dipegang oleh Arturo Tolentino |
Naib Presiden Filipina ke-4 | |
Dalam jawatan 30 Disember 1949 – 30 Disember 1953 | |
Presiden | Elpidio Quirino |
Didahului oleh | Jawatan kosong[3] Jawatan sebelum itu dipegang oleh Elpidio Quirino |
Digantikan oleh | Carlos P. Garcia |
Senator Filipina | |
Dalam jawatan 30 Disember 1947 – 30 Disember 1949 | |
Datuk Bandar Iloilo | |
Dalam jawatan 1945 – 30 Disember 1947 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Iloilo, Iloilo | 13 April 1904
Mati | 26 Mei 1993 Iloilo, Iloilo | (umur 89)
Kewarganegaraan | Filipina |
Parti politik | Parti Nacionalista (1959-71) Parti Liberal (1945-53) |
Pasangan | Mariquit Javellana |
Fernando Hofileña Lopez Sr. (13 April 1904 – 26 Mei 1993) ialah Bekas Naib Presiden Republik Filipina yang dua kali berkhidmat sebagai Naib Presiden iaitu semasa pentadbiran Presiden Elpidio Quirino dari tahun 1949 hingga tahun 1953 dan semasa pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos dari tahun 1965 hingga 1969 dan dari tahun 1969 hingga tahun 1972. Beliau berasal dari keluarga Lopez yang berpengaruh di daerah Iloilo.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]López dilahirkan pada 13 April, 1904 di Bandar Iloilo, Iloilo. Ayahnya, Benito López dan ibunya, Presentación Hofilena. Keluarga Lopez adalah keluarga yang terkaya dan mempunyai pengaruh di daerah itu.
López mendapat pendidikan di Kolej San Juan de Letran, dan menamatkan pembelajaran di sana pada tahun 1921. Lopez kemudiannya menuntut di Universiti Santo Tomas, dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Bahagian Undang Undang pada tahun 1925.
Pada tahun 1945, dengan tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik, López telah dipilih oleh Presiden Sergio Osmeña untuk menjadi Datuk Bandar Iloilo. Pada tahun 1947, Lopez bertanding untuk jawatan Senator dan beliau menang.
Naib Presiden
[sunting | sunting sumber]Penggal Pertama
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1949, Lopez menjadi Naib-presiden dibawah pentadbiran Presiden Elpidio Quirino dan juga berkhidmat sebagai Setiausaha Pertanian dan berkhidmat sehingga tahun 1953.
Penggal kedua dan ketiga
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1965, Lopez bertanding bersama Presiden Ferdinand Marcos dan dipilih menjadi naib presiden. Semasa undang-undang tentera diisytiharkan pada tahun 1972, keluarga López telah menentang rejim Marcos kerana mereka tidak bersetuju dengan cara pemerintahan diktator yang dijalankan oleh Marcos. Akibatnya, Lopez dilucutkan jawatan sebagai Naib Presiden dan segala aset, jawatan politik dan ekonomi keluarga Lopez ditarik balik.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Selepas persaraannya, dari 1986 hingga 1993, Lopez menjadi Pengerusi First Philippine Holdings dan Pengerusi kehormat ABS-CBN dan FHL Holdings.
Lopez meninggal dunia pada 26 Mei, 1993 meninggalkan seorang isteri, Mariquit Javellana dan enam anaknya, Yolanda, Fernando "Henry Jr"., Albertito, Emmanuele, Benito dan Mita. Lopez mempunyai 24 cucu. Diantaranya; Kerk ,Dondi, Butch (MONTELIBANO), Albert III, Rk, Danica, Cj, Jc, Adriana, Bettina, Alberto Jr., Loren, Melissa, Regine, Roxanne, Rolenda, Rowena, Raphaela, Rebecca, Benjamin all LÓPEZ, dan Celine (LÓPEZ), dan Panchito Puckett.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ratifikasi Perlembagaan 1973, sepertimana Peristiharan Presiden No. 1102 dikeluarkan oleh Presiden Ferdinand E. Marcos
- ^ (Marcos mengosongkan pejabat naib presiden apabila Perlembagaan 1973 diisytiharkan)
- ^ Tiada naib presiden dilantik selepas Quirino menjadi presiden selepas Roxas, kerana ia tidak diperlukan oleh Perlembagaan 1935
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh Elpidio Quirino |
Naib Presiden Filipina 30 Disember 1949 – 30 Disember 1953 |
Diikuti oleh: Carlos P. Garcia |
Didahului oleh Emmanuel Pelaez |
Naib Presiden Filipina 30 Disember 1965 – 17 Januari 1973 |
Kosong Jawatan dibubarkan; disebabkan undang-undang tentera Gelaran dipegang kemudian oleh Arturo Tolentino |
Naib Presiden Filipina |
|
Osmeña | Quirino | Lopez | Garcia | Macapagal | Pelaez | Lopez | Tolentino | Laurel | Estrada | Arroyo | Guingona | De Castro | Binay | Robredo | Duterte |
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Alumni Colegio de San Juan de Letran
- Alumni Universiti Santo Tomas
- Orang dari Iloilo
- Kelahiran 1904
- Kematian 1993
- Peguam Filipina
- Keluarga López dari Iloilo
- Ahli politik Parti Nacionalista
- Ahli politik Parti Liberal (Filipina)
- Naib Presiden Filipina
- Presiden pro tempore Senat Filipina