Felda Medoi
Penampilan
Felda Medoi merupakan antara tanah rancangan persekutuan terawal di Segamat, Johor. Tanah rancangan ini telah dibuka sekitar awal tahun 1960-an. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah masjid, sekolah, balai raya, klinik kesihatan, perpustakaan, balai polis dan sebagainya.
Masjid Jamek Felda Medoi telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor pada ketika itu iaitu Tan Sri Othman Saat pada 22 Februari 1966.