Fela Kuti
Fela Anikulapo Kuti | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Olufela Olusegun Oludotun Ransome-Kuti |
Kelahiran | Abeokuta, Koloni dan Protektorat Nigeria | 15 Oktober 1938
Meninggal dunia | 2 Ogos 1997 Lagos, Negeri Lagos, Nigeria | (umur 58)
Genre | |
Pekerjaan |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif | 1958–1997 |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | felakuti |
Fela Anikulapo Kuti (nama lahir Olufela Olusegun Oludotun Ransome-Kuti; 15 Oktober 1938 – 2 Ogos 1997) ialah seorang ahli muzik, penggubah lagu, ketua pancaragam, aktivis politik dan pendukung Pan-Afrikanisme di Nigeria. Beliau dikenali sebagai perintis Afrobeat, salah satu genre muzik Afrika yang menggabungkan perkusi Yoruba dengan gaya suara funk dan jaz.[1] Ibunya ialah Funmilayo Anikulapo Kuti, seorang aktivis anti-penjajahan dan pendukung hak wanita.
Setelah melanjutkan pelajarannya di Trinity College of Music, Fela Kuti memulakan pancaragam Afrika '70 dan menjadi pemuzik terkenal di Nigeria pada dekad 1970-an[2] dengan mengkritikkan sifat penjajah dan kerajaan. Pada tahun 1970, beliau mengasaskan komun Republik Kalakuta dan mengisytiharkan kemerdekaan daripada pemerintahan Nigeria.[3] Komun itu dibakar pada tahun 1977 oleh seribu tentera di bawah pemerintahan Olusegun Obasanjo. Peristiwa ini membunuh ibu beliau kerana dilempar keluar dari tingkat atas.[4] Fela Kuti keluarkan album "Coffin for Head of State" dan membawa keranda ibunya ke Dodan Barracks, kediaman rasmi Obasanjo. Satu tahun berikutnya, Fela Kuti berkahwin dengan 27 penari wanita kerana dituduh sebagai penculik.[5]
Pada tahun 1984, Fela Kuti dipenjara oleh Muhammadu Buhari untuk 10 tahun tetapi dibebaskan hanya selepas 20 bulan.[6]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 2 Ogos 1997, Fela Kuti meninggal kerana AIDS.[7] Seramai satu juta orang datang menghadiri pengebumian beliau.[8] Femi Kuti, anak bongsu Fela Kuti, menjadi ketua pancaragam Egypt '80.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Albert Oikelome. "Stylistic Analysis of Afrobeat Music of Fela Anikulapo Kuti" (PDF). Analysisworldmusic.com. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 Julai 2011. Dicapai pada 27 Januari 2013.
- ^ Fela Kuti Biography at AllMusic
- ^ Remi Adeyoka, Fela Kuti fearlessly proved the human spirit is stronger than any government, The Guardian, 02 Ogos 2012
- ^ Barrett, Lindsay (September 2011) [Mac 1998]. "Fela Kuti: Chronicle of A Life Foretold". The Wire. No. 169. Dicapai pada 13 Jun 2015.
- ^ Ohloowatoscene, How And Why Fela Anikulapo Kuti Married His 27 Wives On The Same Day (With Marriage Photos), Opera News (2020)
- ^ Adenekan, Shola (15 Februari 2006). Obituary: Dr. Beko Ransome-Kuti The Guardian. London.
- ^ Alex Hannaford, "He was in a godlike state", The Guardian, 25 July 2007.
- ^ Novieku Babatunde Adeola, Watch how about a million people celebrated Fela Kuti, Face2FaceAfrica, 02 Ogos 2019