Fauwaz Fadzil

Ustaz Fauwaz Fadzil | |
---|---|
Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Ketua | YBrs. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer |
Timbalan Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa cawangan Malaysia | |
Menyandang jawatan 2019 | |
Ketua | Wan Subki Wan Salleh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil 1981 Alor Setar, Kedah |
Pertalian | Muhammad Faiz Fadzil (Abang) |
Ibu bapa | Fadzil Mohd Noor (bapa) |
Tempat belajar | Universiti Al-Azhar (Sarjana Muda), Dar al-Ifta Mesir (Latihan kefatwaan), Universiti Malaya (Sarjana) |
Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil ialah seorang sarjana Islam di Malaysia. Beliau terlibat dalam banyak jawatankuasa syariah institusi kewangan dan badan bukan kerajaan di Malaysia. Beliau juga menulis beberapa buah buku dan rencana dan mengendalikan latihan berkaitan bidang kepakaran beliau, iaitu fiqah perundangan Islam[1].
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Fauwaz ialah anak kepada tokoh negarawan Malaysia, Dato' Fadzil Mohd Noor dan Datin Khatijah Ibrahim. Beliau memegang ijazah sarjana muda Syariah dari Universiti Al-Azhar dan sarjana syariah dari Universiti Malaya.
Selain itu, beliau memperoleh Sijil Penasihat dan Juruaudit Syariah (Certified Shariah Advisor and Auditor -- CSAA) dari Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI), serta memperoleh Sijil Kemahiran Fatwa dari Dar al-Ifta Mesir pada 2008.
Penasihat syariah
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dilantik sebagai anggota jawatankuasa syariah Alliance Islamic Bank Berhad pada 1 April 2018. Beliau turut berkhidmat sebagai Perunding Syariah di syarikat penerbitan, Telaga Biru Sdn Bhd, dan menjadi anggota jawatankuasa syariah bagi FWD Takaful Berhad[2].
Selain itu, Fauwaz turut menjadi penasihat syariah melalui syarikatnya FAZ Advisors Sdn. Bhd. yang didaftarkan sebagai penasihat syariah berdaftar / registered Shariah advisor dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.[3]
Fauwaz juga mengendalikan latihan kepada pegawai syariah dari pelbagai institusi kewangan Islam termasuklah dari badan penguat kuasa agama negeri-negeri melalui Markaz Alqarahdaghi miliknya. Beliau juga sering memberikan syarahan mengenai syariah dan perundangan Islam di radio dan televisyen tempatan.
Jasa dan sumbangan
[sunting | sunting sumber]Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
[sunting | sunting sumber]Pada 3 April 2024, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 23 Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi sesi 2024-2026. Salah seorang yang dilantik adalah Fauwaz Fadzil.[4] Istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan watikah pelantikan kepada Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer diikuti timbalannya Datuk Hakimah Mohd Yusoff.[5] Turut menerima watikah pelantikan Ahli MAIWP ialah Datuk Awang Alik Jeman, Datuk Anas Ahmad Zaki, Komisioner Polis Datuk Seri Azri Ahmad, Datuk Prof. Madya Dr Luqman Abdullah, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh dan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Penerima lain ialah Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Datuk Lt. Kol (K) Anwari Suri, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin, Datuk Dr Nooh Gadut, Datuk Seri Amrin Awaluddin, Datuk Seri Dr. Yusof Ismail, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Datuk Mohamad S. Ahmad.
Seri Paduka turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Prof. Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Datuk Dayang Sadiah Abg Bohan, Prof Datin Dr. Rusni Hassan, Prof Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman, Zuri Zabuddin Budiman dan Datuk Mohd Ajib Ismail.
Pelantikan yang berkuat kuasa bermula 15 Februari 2024 hingga 14 Februari 2026 itu adalah mengikut Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Jawatankuasa Pemulihan Akidah Kanak-kanak GISB Holdings Sdn. Bhd.
[sunting | sunting sumber]Fauwaz juga telah dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk mengetuai jawatankuasa bagi membentuk modul silibus pemulihan akidah kanak-kanak GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan pihak berkuasa. [6] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata Ahmad Fauwaz dipilih mengetuai enam pakar akidah dalam jawatankuasa berkenaan.
Ahmad Fauwaz adalah individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang akidah dan begitu juga ahli jawatankuasa yang lain (Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar)
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Anugerah kepada karya
[sunting | sunting sumber]- Buku Fiqah Terbaik Anugerah Buku Negara 2016, menerusi karya beliau, Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan dan Permasalahan Wanita Semasa terbitan Telaga Biru Sdn Bhd[7].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ustaz Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil". IslamicMarkets. Dicapai pada 16 September 2022.
- ^ "Shariah Committee". Alliance Islamic Bank Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2022. Dicapai pada 16 September 2022.
- ^ "List Of Registered Shariah Advisers - Registered Shariah Advisers | Securities Commission Malaysia". www.sc.com.my. Dicapai pada 2025-03-02.
- ^ BERNAMA (2024-04-03). "Agong kurnia watikah pelantikan 23 Ahli MAIWP sesi 2024-2026". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-07.
- ^ BERNAMA (2024-04-03). "Agong kurnia watikah pelantikan 23 Ahli MAIWP sesi 2024-2026". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-07.
- ^ Azizi, Ilah Hafiz (2024-10-10). "Anak bekas Presiden PAS dilantik ketuai pemulihan kanak-kanak GISBH". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-07.
- ^ "Anugerah Buku Negara 2016". MAPIM UMK. 28 Disember 2016. Dicapai pada 16 September 2022.