Farihin Abdul Fatah
Farihin Abdul Fatah | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Penerbit TV bebas |
Tahun aktif | 1991–kini |
Farihin Abdul Fatah (lahir 16 Disember 1965) merupakan seorang penerbit TV bebas warga Malaysia. Farihin terlibat dalam menjayakan kumpulan nasyid terkemuka negara, Raihan.
Ditahan di Manchester
[sunting | sunting sumber]Pada 26 September 2014, Farihin Abdul Fatah dipenjara selama 48 jam kerana disyaki sebagai pengganas berhampiran Manchester. Mereka baharu sahaja tiba di Holyhead, Wales dari Ireland. Ketika beratur untuk mengisi kad imigresen, mereka ditahan seramai 20 anggota polis dan unit anjing pengesan. Peristiwa itu dilaporkan melalui Buletin Astro Awani 7.45 malam Jumaat.
Mereka diberi pakaian seragam dan memberitahu kami ditahan kerana disyaki sebagai pengganas. Kononnya karavan kru terbabit didakwa mengandungi sejenis bahan kimia yang dipercayai bahan letupan dan didakwa dibawah Akta Anti-Keganasan 2000. Dalam penjara Farihin dan lain-lain diberi layanan baik. Mereka diberikan Al-Quran dan sejadah untuk menunaikan solat. Malangnya anggota kru tidak dapat menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarga mereka atau Kedutaan Malaysia di UK.[1]