Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia
Jenis | Awam |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1981 |
Lokasi | , |
Laman sesawang | comp.utm.my |
Fakulti Komputeran (FK) dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM) merupakan salah satu fakulti di bawah Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Komputeran (FK) ditubuhkan pada 1981 dengan kerjasama Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains, UTM Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan dinamakan sebagai Institut Sains Komputer dengan bantuan dari Unit Akademik dan Unit Pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia] pada 1984. Nama Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM) secara rasminya digunakan pada tahun 1991 setelah diasingkan dari Unit Pentadbiran Komputer.
Perjalanan Masa
[sunting | sunting sumber]TAHUN | PERISTIWA |
---|---|
1981 | Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains, UTM Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Pengambilan pertama program seperti Rancangan Integrasi Sains Komputer (Integrated Diploma & BSc Sains Komputer). |
1984 | Penubuhan Institut Sains Komputer (dengan Unit Akademik dan Unit Pentadbiran Komputer). |
1991 | Penubuhan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (pengasingan dari Unit Pentadbiran Komputer). Pengambilan pertama PhD dan MSc Sains Komputer. |
1995 | Fakulti bergerak ke Kampus Utama UTM di Skudai, Johor. |
1996 | Pengambilan pertama MSc MSc Real-time Software Engineering, dengan kerjasama Kampus Thomson, Perancis, yang ditawarkan oleh Pusat Fakulti Kejuruteraan Perisian Lanjutan (KES), UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pembentukan Jabatan Grafik dan Multimedia. |
1999 | Pengambilan pertama MSc Information Technology (dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan, Pembuatan, Pendidikan, atau Perpustakaan). Pengambilan pertama Computer Science (Software Entrepreneurship). |
2001 | Pengambilan pertama MSc Computer Science (IT Entrepreneurship), dengan kerjasama Biro Inovasi danPerundingan (BIP), UTM dan MARA. |
2002 | Diperakui sebagai Institusi Berstatus MSC. Pengambilan pertama BSc Computer Science (dari STPM dan matrikulasi). |
2003 | Fakulti pertama dan program akademik di negara ini yang telah diaudit bagi Academic Quality Assurance. |
2004 | Pengambilan pertama MSc Computer Science (Information Security). |
2006 | Pengambilan pertama Bachelor of Computer Science (Bioinformatics). |
2007 | Pengambilan pertama Bachelor of Computer Science (Computer Networks and Security), Bachelor of Computer Science (Software Engineering), Bachelor of Computer Science (Industrial Computing), Bachelor of Computer Science (Graphics and Multimedia Software). |
2013 | Pada 1 Januari 2013, nama fakulti telah ditukar kepada Fakulti Komputeran dalam bahasa Melayu dan Faculty of Computing dalam bahasa Inggeris.
|
Visi
[sunting | sunting sumber]Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan akademik dan teknologi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diiktiraf bertaraf dunia.
Misi
[sunting | sunting sumber]Untuk menjadi pemimpin dalam pembangunan modal insan inovasi yang berkualiti tinggi, inovasi dan perkhidmatan dalam bidang ICT yang akan menyumbang kepada penciptaan kekayaan negara.
Objektif
[sunting | sunting sumber]Fakulti telah menetapkan beberapa objektif untuk mencapai matlamat sebagai Institut Berprestasi Tinggi dalam bidang ICT.
- Menggalakkan aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha ke arah pengantarabangsaan fakulti.
- Melahirkan Profesional IT dan graduan cemerlang untuk memenuhi keperluan industri IT, terutamanya bagiKoridor Raya Multimedia (MSC) dan Cyberport.
- Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan perundingan yang difokuskan, relevan dan berkualiti tinggi
- Membangunkan program-program khusus untuk menggalakkan budaya IT dalam masyarakat
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan inovasi, pengkomersialan dan keusahawanan dalam bidang pembangunan perisian dan kandungan.
- Menguruskan fakulti dengan cekap dan berkesan
Penyataan Kualiti
[sunting | sunting sumber]'“FK beriltizam untuk menyediakan program akademik yang berkualiti dan bertaraf dunia dalam bidang sains komputer demi melahirkan graduan yang cemerlang serta memenuhi keperluan pelanggannya. 'FK akan melaksanakan tindakan penambahbaikan berterusan ke atas sistem kualitinya melalui perlaksanaan sistem jaminan kualiti yang berlandaskan Kerangka Kelayakan Malaysia.”
Senarai Projek & Aplikasi
[sunting | sunting sumber]- Seksyen Media
- E-Scena
- Download
- FSKSM E-Learning
- Sistem Inventori Diarkibkan 2012-01-13 di Wayback Machine
- CCTV Diarkibkan 2012-01-13 di Wayback Machine
- DMOS PLUS - Dissertation Management Online System Diarkibkan 2011-10-21 di Wayback Machine
Senarai Program
[sunting | sunting sumber]- Internationalization
- Projek Sarjana Muda
- International Repository Diarkibkan 2012-02-01 di Wayback Machine
Senarai Kelab & Organisasi
[sunting | sunting sumber]Senarai Kumpulan Penyelidikan
[sunting | sunting sumber]- Software Engineering Research Group(SERG) Diarkibkan 2012-08-14 di Wayback Machine
- Information Assurance & Security Research Group(IASRG)
- Pervasive Computing Research Group(PCRG) )
- Soft Computing Research Group(SCRG) Diarkibkan 2012-01-26 di Wayback Machine
- Virtual, Visualization and Vision Research Group(UTM, ViCubeLab)
- Operation & Business Intelligence(OBI)
- Artificial Intelligence & Bioinformatics Group(AIBIG)
- Information Service Systems & Innovation(ISSI)
Senarai jabatan di bawah Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat
[sunting | sunting sumber]Kursus yang ditawarkan di Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat
[sunting | sunting sumber]Prasiswazah
- Sarjana komputer sains (Sistem pangkalan data)
- Sarjana komputer sains (Rangkaian Komputer dan Sekuriti)
- Sarjana komputer sains (Kejuruteraan perisian)
- Sarjana komputer sains (Perisian Grafik & multimedia)
- Sarjana komputer sains (bioinformatik)
Pascasiswazah
- [comp.utm.my/doctor-of-philosophy-in-information-systems/ Doktor Falsafah (Sistem Maklumat) ]
- Doktor Falsafah (Sains Komputer) & Master Sains (Sains Komputer), melalui Penyelidikan
- [comp.utm.my/master-of-computer-science-information-security/ Master Komputer (Keselamatan Maklumat) ]
- [comp.utm.my/master-of-science-information-technology-management/ Sarjana Sains (Pengurusan IT) ]
- Sarjana Sains (Sains Komputer)
- Sarjana Kejuruteraan Perisian
- Sarjana Sains (Usahawan IT)
Pendidikan Berterusan (separuh masa)
Pusat Kecemerlangan
- Advance Informatics School Diarkibkan 2011-12-14 di Wayback Machine