Fairlight
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Demogroup |
Tujuan | Warez dan demo |
Keanggotaan | Tony Krvaric ("Strider"), Pontus Berg ("Bacchus"), Magnus Sjöberg ("Pantaloon"), Fredrik Kahl ("Gollum"), Per Carlbring ("Zike") |
Tapak web | http://www.fairlight.to/ |
Sejarah | |
Dibentuk | 1987 |
Founders | Strider dan Black Shadow |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Sweden |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Fairlight (FLT) adalah sebuah group warez dan demo yang awalnya terlibat dalam Commodore demoscene, dan didalam bidang cetak rompak yang dengan haramnya mengedarkan permainan video secara percuma, sejak dari 1987. Di samping C64, Fairlight juga telah berpindah ke arah Amiga, Super Nintendo dan kemudiannya PC.[1] Fairlight telah diasaskan pada 1987 oleh Strider dan Black Shadow, kedua-duanya bekas ahli kepada West Coast Crackers (WCC). Fairlight asalnya adalah sebuah kumpulan Sweden, kemudiannya menjadi sebuah kumpulan antarabangsa. Nama kumpulan ini diambil sempena Fairlight CMI pensintesis yang diambil apabila Strider terlihat penyanyi Jean Michel Jarre menggunakannya di dalam sebahagian rakaman muziknya.
Permulaan
[sunting | sunting sumber]Fairlight dikenali dengan kehebatan mereka iaitu mengeluarkan bahan cetak rompak dengan tempoh masa yang sangat pantas. Rahsianya ialah Strider sebenarnya bekerja di sebuah gerai komputer yang mana dia mendapat akses kepada permainan video terbaru. Dia kemudiannya merasuah pengendali keretapi untuk menghantar permainan video tersebut daripada Malmö ke Ronneby yang mana Gollum membuang kandungan hak cipta dari permainan video tersebut dan kemudian menghantar kembali kepada Strider menggunakan cara yang sama. Itulah sebab mengapa Fairlight boleh mengeluarkan permainan video lebih awal dari kumpulan lain.[1]
Operasi Fastlink
[sunting | sunting sumber]Beberapa ahli berpangkat tinggi di dalam kumpulan itu telah ditangkap pada 21 Apri, 2004, 8 bulan setelah kumpulan itu telah kembali daripada "persaraan" yang bermula pada Jun 9, 2003 dan berakhir pada Ogos 30, yang mana di dalam FBI menggelarkan operasi itu sebagai operasi Fastlink.
Anggota polis dari 11 negara telah terlibat di dalam operasi ini, mereka menahan sekurang-kurangnya 120 orang dan merampas lebih dari 200 komputer (termasuk 30 server). Satu server daripada serbuan dari pihak U.S. mengandungi 65,000 bahan cetak rompak yang secara haram menyimpan barang-barang kumpulan mereka di dalam itu. [2]
Operasi ini telah diselaraskan oleh FBI, British (National Hi-Tech Crime Unit), Jerman (Bundeskriminalamt) dan juga (Business Software Alliance), yang mengambil tempat di 27 negeri di U.S.. Di UK, tujuh komputer telah dirampas dan tiga penahanan telah dilakukan di Belfast, Manchester dan juga Sheffield. Di Singapura, tiga orang (umur diantara 22, 30 & 34) telah ditahan. Di Belanda, dua server milik pelajar dari 2 universiti telah disiasat oleh pihak polis. Penahanan dan serbuan lain telah diadakan di Belgium, Denmark, France, Jerman, Hungary, Israel, and Sweden yang jumlah keseluruhannya ialah 11 negara.
Menurut khabar angin, serbuan itu berlaku hanya sebelum kumpulan cetak rompak akan mengeluarkan permainan Hitman: Contract. Permainan ini dikeluarkan oleh kumpulan-kumpulan lain (iNSOMNiA, untuk Xbox dan PS2, dan Razor 1911, untuk PCs) hanya beberapa hari selepas itu.
Antara serbuan cetak rompak yang dikaitkan dengan Fastlink adalah Operasi Buccaneer yang menyasarkan kumpulan DrinkOrDie (diantara lain) pada Disember 2001.
Bermula pada Oktober 2006, Divisi ISO FAIRLIGHT telah mula mengeluarkan kandungan cetak rompak mereka semula.
Anugerah dan pengeluaran demo
[sunting | sunting sumber]Bahagian Divisi Demo dari kumpulan FAIRLIGHT telah banyak menerima anugerah sepanjang kerjaya mereka, yang disenaraikan di bawah.
Title | Type | Awards |
---|---|---|
My Room | demo | Tempat-1 di dalam Phenomena/Censor Party 1990 |
Illusion | demo | Tempat-2 di dalam The Computer Crossroad 1993 |
242 | demo | Tempat-2 di dalam Assembly demo party 1993 |
Full Moon | demo | Tempat-2 di dalam The Party (demo party) 1993 |
Chaosland | 40k intro | Tempat-1 di dalam The Party 1993 |
Love | demo | Tempat-1 di dalam South Sealand Party 1994 |
Breathtaker | demo | Tempat-2 di dalam Assembly 1994 |
Psychedelic | demo | Tempat-2 di dalam The Party 1994 |
Faktory | demo | Tempat-3 di dalam The Party 1995 |
Sumea | demo | Tempat-1 di dalam Assembly 1996 |
Title | Type | Awards |
---|---|---|
Drop The Basics | demo | Tempat-3 di dalam X'2001 |
Pretending To See The Light | demo | Tempat-1 di dalam Floppy 2002 |
Loaded | demo | Tempat-2 di dalam Floppy 2003 |
Anyone | demo | Tempat-1 di dalam Deadline 2003 |
Emanation Machine | demo | Tempat-1 di dalam Little Computer People 2003 |
Wok Zombie | demo | Tempat-2 di dalam Floppy 2004 |
One Million Light Years From Earth | demo | Tempat-1 di dalam Floppy 2005, penama anugerah scene.org - oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2005 |
Hello:Friend | demo | Tempat-1 di dalam Little Computer People 2005, scene.org award nominee - konsep yang yang paling unik tahun 2005, oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2005 |
Boogie Factor | demo | Tempat-1 di dalam Assembly 2005, pemenang anugerah scene.org - oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2005 |
LCP Memories | demo | Tempat-1 di dalam Black Birdie 2005 |
WWIII | demo | Tempat-1 di dalam Big Floppy People 2006 |
One Little Wish | demo | Tempat-1 di dalam at Datastorm 2010 |
We Are New | demo | Tempat-2 di dalam X'2010, penama anugerah scene.org - oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2010 |
Lash | demo | Tempat-1 di dalam Datastorm 2011 |
We Are Mature | demo | Tempat-6 di dalam LCP 2011, penama anugerah scene.org - oldskool demo yang paling menarik untuk tahun 2011 |
One Quarter | demo | Tempat-1 di dalam Datastorm 2012 |
Title | Type | Awards |
---|---|---|
Together | 64k intro | Tempat-1 di dalam Scene Event 2000 |
Absolut Vodka | demo | Tempat-1 di dalam Remedy 2000 |
ETTV | demo | Tempat-1 di dalam Remedy 2001 |
Virtual Vodka | demo | Tempat-2 di dalam DreamHack 2001 |
Tatsu | demo | Tempat-3 di dalam The Gathering demo party 2002 |
Only Kings And Better | demo | Tempat-1 di dalam Remedy 2002 |
From Dust Till Dawn | demo | Tempat-1 di dalam Remedy 2004 |
Come Clean | demo | Tempat-4 di dalam Assembly 2004 |
Fresh! | 64k intro | Tempat-1 di dalam BCN 2004, penama anugerah scene.org - 64k intro yang terbaik untuk 2004 |
Death And Taxes | 64k intro | Tempat-2 di dalam Breakpoint demo party 2005, penama anugerah scene.org - 64k intro yang terbaik untuk 2005 |
Che Guevara | 64k intro | Tempat-1 di dalam Assembly 2005,pemenang anugerah scene.org - 64k intro yang terbaik untuk 2005 |
Re-Recycle | 64k intro | Tempat-1 di dalam Sundown (party) 2005 |
Deadline | demo | Tempat-1 di dalam Deadline Harakiri 2006 |
Meet The Family | 64k intro | Tempat-1 di dalam Breakpoint 2006 |
Liquid Lust | demo | Tempat-1 di dalam Birdie 2006 |
Glitterati | 4k intro | Tempat-1 di dalam Assembly 2006 |
Dead Ringer | 64k intro | Tempat-1 di dalam Assembly 2006 |
Track One | demo | Tempat-2 di dalam Assembly 2006, pemenang anugerah scene.org - demo terbaik untuk tahun 2006 |
Scarecrow | 4k intro | Tempat-1 di dalam Sundown 2006 |
Media Error | demo | Tempat-3 di dalam Assembly 2007, dalam gabungan dengan CNCD dan Orange |
Panic Room | 64k intro | Tempat-1 di dalam Assembly 2008 |
Frameranger | demo | Tempat-1 di dalam Assembly 2009, dalam gabungan dengan CNCD dan Orange |
Blunderbuss | demo | Tempat-2 di dalam Main 2009, pemenang anugerah scene.org - lagu terbaik untuk tahun 2009 |
Agenda Circling Forth | demo | Tempat-1 di dalam Breakpoint 2010, dalam gabungan dengan CNCD dan Orange |
Ceasefire (all falls down..) | demo | Tempat-2 di dalam Assembly 2010, dalam gabungan dengan CNCD dan Orange |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "We might be old, but we're still the elite". IDG. 2012-04-20.
- ^ doi:10.1016/S1361-3723(04)00061-2
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- The World of Fairlight (official website)
- Fairlight demos and cracktros, including Come Clean, indexed by Pouet
- "Operation Fastlink" press release published by the United States Department of Justice
- Fairlights' CSDb entry
- Fairlight PC file and information repository on Defacto2 Diarkibkan 2011-10-06 di Wayback Machine
- San Diego GOP chairman co-founded international piracy ring Diarkibkan 2012-06-19 di Wayback Machine, a blog post from The Raw Story.