Pergi ke kandungan

Fadlullah Wilmot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fadlullah Wilmot
Kelahiran(1943-04-21)21 April 1943
Southgate, England, United Kingdom
PekerjaanPendakwah, aktivis, pensyarah, pekerja perikemanusiaan
PasanganHjh. Asmah Abdul Ghani
Anak-anak6 (termasuk Wardina Safiyyah)

Haji Fadlullah Clive Wilmot (lahir 21 April 1943) ialah seorang pendakwah, pensyarah, aktivis dan pekerja kemanusiaan Australia yang pernah bekerja di Asia Selatan dan Asia Tenggara di bawah sejumlah pertubuhan amal jariah Islam.[1] Beliau pernah melakukan pembantuan perikemanusiaan di bawah Muslim Aid dan Islamic Relief.[2]

Beliau adalah bapa kepada pelakon, model dan bekas pengacara Malaysia Wardina Safiyyah.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Southgate, England, United Kingdom pada 21 April 1943, tetapi keluarganya berpindah ke Australia waktu beliau kecil dan beliau membesar di sana.[3]

Beliau menyambung pelajaran sarjana mudanya di Universiti Tasmania dalam bidang psikologi dan sains politik. Semasa zaman pelajarnya, beliau memeluk agama Islam pada umur 20 tahun atas pengaruh rakan-rakannya dari Asia.[4] Beliau telah dilantik sebagai presiden Persekutuan Pelajar Islam Australia (AFMSA).[5]

Selepas pelajarannya tamat, beliau memulakan kerjaya sebagai guru untuk beberapa tahun sebelum menyertai Sukarelawan Luar Negara Australia atau Australia Volunteers Abroad (AVA). Tugas pertamanya ke Indonesia untuk mengajar di Universiti Syiah Kuala pada tahun 1970.[6] Semasa di sana, beliau mempelajari bahasa Indonesia dan Aceh.[1][3] Di sana, beliau menjalinkan hubungan ikrab dengan pemimpin dan tokoh pejuang Aceh, Teungku Mohammad Daud Beureueh.[1]

Beliau kembali ke Australia pada tahun 1975, tetapi tidak lama kemudian beliau memindah ke Malaysia pada tahun 1977.[3][4] Beliau mendapat peluang dari Tun Abdul Razak untuk bekerja di sana, dan pada tahun-tahun yang seterusnya pernah bertugas sebagai anggota bawah Yayasan Dakwah Islamiah Rantau Asia Tenggara dan Pasifik dan Majlis Kebangsaan PERKIM sebagai naib presiden PERKIM Cawangan Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Buku PERKIM.[3]

Pada tahun 2005, beliau menerima jawatan untuk bertugas di Aceh selepas tsunami 2004 di bawah Muslim Aid, sebuah yayasan amal yang ditubuhkan oleh pemuzik Yusuf Islam pada tahun 1986.[7] Oleh sebab kecelikan beliau dalam bahasa Aceh, beliau dijemput menugas di sana pada awalnya buat separuh masa sahaja, tetapi kerana keparahan keadaan, beliau mula menugas sepenuh masa dan dilantik sebagai pengarah negara bagi cabang Muslim Aid di Indonesia. Kegiatan beliau seterusnya termasuk perlantikan sebagai pengarah negara Muslim Aid di Bangladesh selepas Siklon Sina pada tahun 2008 dan sebagai pengarah negara bagi Islamic Relief Pakistan selepas banjir Khyber Pakhtunkhwa pada tahun 2010.[4] Beliau telah bersara dari pengamalan kemanusiaan pada tahun 2020.

Beliau pernah bergiat sebagai pendakwah dan telah menyampaikan berbagai ceramah dan syarahan, tetapi juga pernah menulis rencana dalam majalah "Qiblat", "Dakwah" dan "Widya". Beliau juga menyumbangkan tulisannya untuk rancangan radio dan televisyen di Malaysia dan Brunei.[3]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Semasa pelajarannya di Universiti Tasmania, beliau menemui bakal isterinya Hajah Asmah Abdul Ghani. Mereka berkahwin pada tahun 1972. Beliau berpindah ke Malaysia bersama isterinya pada tahun 1977 oleh sebab konflik yang melanda Aceh pada masa itu.[4] Beliau dikurniakan enam cahaya mata, termasuk bekas pengacara, model dan pelakon Wardina Safiyyah.

  • Keindahan Islam (1981)
  • Muhammad s.a.w Hijrah ke Madinah (1985) dikarang bersama Mardijah Aldrich Tarantino
  • The Current Islamic Movement
  • Role of Muslim as a Minority Community, sebagai penyunting
  • Dilema Ahli Psikologi Muslim (2022), terjemahan karya Malik Badri
  • The Unpublished Letters of Muhammad Asad (2024), bahagian prakata
  1. ^ a b c "A Discussion with Fadlullah Wilmot, Director, Islamic Relief, Pakistan". Berkley Center. 10 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2016. Dicapai pada 22 Mac 2025.
  2. ^ "Security Check Required". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 August 2017.
  3. ^ a b c d e "Naskah Keindahan Islam (Haji Fadlullah Wilmot)". www.chedinsphere.blogspot.com. 5 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2023. Dicapai pada 22 Mac 2025.
  4. ^ a b c d "INTERVIEW WITH ISLAMIC RELIEF COUNTRY DIRECTOR FADLULLAH WILMOT". Focal Point (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2014. Dicapai pada 7 April 2025.
  5. ^ "MEWAKILI AUSTRALIA DI PERSADA DUNIA". hajimuhammadzakaria.blogspot.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2023. Dicapai pada 7 April 2025.
  6. ^ "Fadlullah Wilmot". Conciliation Resources. Dicapai pada 3 Mac 2025.
  7. ^ "Fadlullah Wilmot — Upholding Islam's Finest Traditions" (dalam bahasa Inggeris). 15 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2024. Dicapai pada 7 April 2025.