Pergi ke kandungan

FSO Puteri Dulang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

FSO Puteri Dulang adalah merupakan sebuah kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (bahasa Inggeris: Floating, Storage and Offloading atau FSO) milik MISC Berhad. Akan tetapi, operasi dan penyelengaraannya telah diberikan kepada FPSO Ventures Sdn Bhd sebuah anak syarikat MISC. FSO Puteri Dulang terletak kira-kira 135 kilometer di luar pantai Terengganu pada kedalaman 77.3 meter. Ia menerima dan menyimpan minyak mentah daripada medan minyak Dulang. Medan minyak Dulang dimiliki oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, sebuah syarikat eksplorasi dan pengeluaran milik penuh Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Tidak seperti FPSO dan FSO lain di Malaysia, FSO Puteri Dulang dibina khas oleh pemilik asalnya iaitu Petronas Carigali Sdn Bhd berdasarkan rekabentuk sebuah baj dan bukannya kapal tangki. Ini menyebabkan FSO Puteri Dulang tidak memiliki bilik enjin, bebaling dan aci sepertimana kebiasaan yang terdapat pada kapal-kapal tangki lain. Kapal ini telah dibina di Nagasaki pada awal 1990-an oleh Mitsubishi Heavy Industries. Pada April 2008, FSO Puteri Dulang telah dijual kepada MISC yang mana kemudian telah menganugerahkan kontrak kepada FPSO Venture bagi menjaga aspek-aspek operasi dan penyelenggaan kemudahan ini.

FSO Puteri Dulang adalah seberat 128,697 DWT dan memiliki keupayaan untuk menerima 3,300 tong minyak mentah sejam. Ia memiliki 13 buah tangki penyimpanan dengan kapasiti sebanyak 138,931 m³.

Selain itu, FSO Puteri Dulang memiliki kemudahan penginapan untuk memuatkan seramai 60 orang pekerja pada satu-satu masa.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.