Eza Edmond
Eza Edmond | |
---|---|
Nama lahir | Eza Hafizah binti Edmond |
Kelahiran | Papar, Sabah, Malaysia | 12 Mei 1990
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | |
Tahun aktif | 2018–kini |
Syarikat rakaman | Sheikh Qalam Records |
Eza Hafizah Edmond (lahir 12 Mei 1990) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Bahagia" yang dikeluarkan pada 2018.[1][2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Eza Edmond mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik sejak berusia lima tahun.[3] Beliau bersama seorang rakannya, yang dikenali sebagai Aruu telah memuat naik lagu bertajuk "Kawan (#silameninggal)" di YouTube pada April 2018.[3] Tidak lama selepas ia dimuat naik, video lagu itu menjadi tular dan mendapat perhatian di Malaysia dan kebanyakan negara-negara Asia Tenggara.[3]
Ibu bapanya memberi lampu hijau kepada Eza untuk memulakan kerjaya dalam bidang muzik. Namun apabila Eza mengambil keputusan untuk menjadi penyanyi solo, Aruu memilih untuk tidak mahu tampil di khalayak.[3] Beliau menandatangani kontrak bersama Sheikh Qalam Records dan merakamkan single pertamanya, "Bahagia" hasil nukilan rakan sekampusnya di UiTM kampus Dengkil, Hazmi Fahim dengan proses adunan akhir rakaman dilakukan oleh Roslan Aziz.[3] Lagu ini mencatatkan sebanyak 6.5 juta tontonan di YouTube. Ia juga menjadi lagu tema drama Senafas Rindu lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan.
Eza juga pernah menyertai pertandingan Sugandoi yang merupakan pertandigan menyanyi lagu rakyat bagi masyarakat Kadazan-Dusun dan pernah memenanginya sebanyak dua kali.[3] Beliau juga pernah terlibat pelbagai acara besar termasuk Bombastik CTDK Hot FM 2019, Konsert Jazz UiTM 2019, Anugerah MeleTOP Era 2019 dan puluhan acara lain.[4]
Pada 25 Februari 2021, beliau melancarkan single kedua, "Milik Hatiku" ciptaan Aizuddin Madani.[4][5]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Eza dilahirkan di Papar, Sabah. Beliau ialah penuntut dalam persembahan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dengkil, Selangor.[5]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tahun |
---|---|
"Bahagia" | 2018 |
"Milik Hatiku" | 2021 |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Farhana Ab Rahman (1 Februari 2019). "Eza akur kurang dikenali berbanding lagu". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2020.
- ^ Zulaikha Yusof (4 Februari 2019). "Dilabel suara seperti sampahm Eza Edmond bangga 'Bahagia' berhasil". Astro Gempak. Dicapai pada 4 April 2020.
- ^ a b c d e f Elrafaei Sapi (17 Oktober 2018). "Impak lagu Kawan #silameninggal, Eza Edmond kini bahagia". Astro Gempak. Dicapai pada 4 April 2020.
- ^ a b Amri Hassan (12 Mac 2021). "Eza Edmond resah terkandas di Sabah, tak sabar balik KL promosi lagu baru". Astro Gempak. Dicapai pada 4 April 2021.
- ^ a b "Eza Edmond harap tuah lagu baharu". Kosmo!. 12 Mac 2021. Dicapai pada 4 April 2021.