Eu Tong Sen
Eu Tong Sen | |||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
余東旋 | |||||||||||||||||||
Kelahiran | |||||||||||||||||||
Meninggal dunia | 11 Mei 1941 | (umur 63)||||||||||||||||||
Pekerjaan | Peniaga | ||||||||||||||||||
Pasangan | 11 orang | ||||||||||||||||||
Anak-anak | 13 org lelaki 11 orang perempuan | ||||||||||||||||||
Ibu | Leung Kum Yow [1] | ||||||||||||||||||
Bapa | Eu Kong Pui [2] | ||||||||||||||||||
|
Eu Tong Sen OBE RM (Bahasa Cina: 余東旋 ; 23 Julai 1877 - 11 Mei 1941) adalah seorang ahli perniagaan di Tanah Melayu, Singapura dan Hong Kong pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.[2] Beliau bertanggungjawab mengembangkan perusahaan ubat tradisi Cina iaitu syarikat Eu Yan Sang diwarisi dari ayahnya.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Eu Tong lahir di Pulau Pinang, Tanah Melayu (sekarang dikenali sebagai Malaysia) pada 23 Julai 1877. Beliau anak tunggal kepada Eu Kong Pui (Cina Tradisional: 余廣培 ), anak seorang pakar feng shui asal Jiangxi yang berhijrah dari Foshan di Guangdong mencuba nasib bekerja sebagai pembantu kedai runcit sebelum kemudiannya memulakan perusahaan perlombongan bijih timah dan serta seberapa perniagaan lain;[3] ibunya Leong Lay Yong berhijrah mengikut Eu Kong ke Pulau Pinang dimadukan dengan seorang berpengaruh iaitu Mun Woon Chang.[1] Eu Tong dihantar kembali ke Foshan, China, untuk melanjutkan pendidikannya.[4]
Ayahnya meninggal pada tahun 1890[5] ketika berusia 38 tahun.[2] Eu Tong mewarisi perniagaan tinggalan beliau pada berusia 13 tahun di mana beliau kembali ke Tanah Melayu 2 tahun kemudian[6][4] untuk tinggal bersama dua bapa saydara dan ibu tirinya. Tidak lama selepas itu, beliau berpindah ke rumah seorang pegawai Inggeris iaitu R. Butler dan tinggal di sana selama dua setengah tahun menduduki tuisyen swasta bahasa Inggeris dari F. W. Harley. Dari sana dia berpindah ke Ipoh dan mendaftar di sekolah kerajaan.[2][5] Kemudian dia akan berpindah ke Singapura di mana dia tinggal beberapa lama sebelum pindah ke Hong Kong apabila keadaan perniagaan berubah.[2]
Kerjaya perniagaan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1898, pada usia 21 tahun, Eu mengambil alih harta pusaka ayahnya dari Grant Mackie dan mendapati perniagaannya semakin merosot. Selama sepuluh tahun berikutnya, dia mengembangkan perniagaan keluarga dan menggandakan kekayaannya berkali-kali. Dia mengembangkan empayar perniagaannya di Singapura, Tanah Melayu dan Hong Kong dan, pada usia 30 tahun, adalah antara orang terkaya di rantau ini.[3]
Pengusahaan timah
[sunting | sunting sumber]Eu mewarisi perusahaan ayahnya: dua di Kampar, tiga di Gopeng, satu di Teronoh, satu di Chenderiang, dan satu di Papan menggaji seramai 8,000 orang kuli pada 1908. Di Selangor dia memiliki satu lombong di Ampang dan satu di Kancheng, bersama-sama menggunakan 3,000 kuli. Di Batang Benna, Negeri Sembilan, dia memiliki satu lombong yang menggunakan 1,000 kuli. [7] Beliau pada kemuncaknya memiliki secara keseluruhannya 11 buah lombong dikerjakan 12,000 orang pelombong; namun tahap keuntungan diraih dari kegiatan ini telah lama merosot ketika saat dia mengambil alih pengurusan.[3] Menjelang tahun 1908, dia memiliki
Eu Yan Sang
[sunting | sunting sumber]Beliau mengembangkan toko ubat diusahakan ayahnya di Gopeng bernama Eu Yan Sang untuk mempelbagaikan sumber pendapatan selain perlombongan timah dengan bertambahnya kawalan dikenakan kerajaan ke atas industri tersebut.[6] Kedai ini turut mencawang ke Kampar yang mana kedua-dua kedai ini mendatangkan keuntungan pada tahun 1908[7] dengan kelebihan perkhidmatan pengiriman wang memungkinkan para pelombong dan pekerja ladang Cina menghantar pendapatan mereka ke tanah air mereka.[2][7][8]
Banyak cawangan didirikan di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Hong Kong dan Singapura. Pada tahun 1909, Eu menubuhkan cawangan di daerah Sheung Wan di Hong Kong. Apabila cawangannya meningkat dan perniagaannya tersebar secara geografi, potensi pasarannya berkembang dengan sewajarnya.[2][9] Pada tahun 1914, dia mengembangkan khidmat kiriman wangnya seluruh Tanah Melayu serta Hindia Belanda dan selatan China.[6][10] Pada tahun 1920-an ketika perniagaan getah di Tanah Melayu merosot, Eu mengalihkan tumpuannya kepada perniagaan pengiriman wang di Hong Kong.[2]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Eu mendapat darjah kebesaran kerajaan Qing pada tahun 1903.[2] Dia menjualnya semula pada tahun 1906.
Dia merupakan naib presiden Persatuan Anti-Opium dan anggota Lembaga Kebersihan Kinta.[7]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Eu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Mei 1941 di Hong Kong pada usia 63 tahun. [3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b 余東旋家族與余仁生 (2) 余廣培壯年病逝
- ^ a b c d e f g h i Leo Douw; Cen Huang; David Fu-Keung Ip (2001). Rethinking Chinese Transnational Enterprises: Cultural Affinity and Business Strategies. Psychology Press. m/s. 159–196, 205. ISBN 978-0-7007-1524-4.
- ^ a b c d Three Kings, MOTORING NEWS & CAR REVIEWS, The Highway, May, 2002 Diarkibkan 27 Disember 2007 di Wayback Machine
- ^ a b "Eu Tong Sen". Singapore Infopedia. Singapura: Perpustakaan Negara Singapura. 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2007. Dicapai pada 9 Ogos 2007.
- ^ a b Song Ong Siang (1923) One Hundred Years' History of the Chinese in Singapore. London : J. Murray; p. 332, 333
- ^ a b c "History". Eu Yan Sang International Ltd. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2007. Dicapai pada 9 Ogos 2007.
- ^ a b c d Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources, Arnold Wright, 1908; pp. 534–538, 856
- ^ Zoe Mak (5 October 2007). "Sir Run Run's century clouded in confusion". SCMP. SCMP Group. m/s. City1.
- ^ Lui, 1990
- ^ LIAN, Kwen Fee; WE Koh Keng (October 2004). "Chinese enterprise in colonial Malaya: the case of Eu Tong Sen". Journal of Southeast Asian Studies. 35 (3): 415–432. doi:10.1017/S0022463404000219. Dicapai pada 9 August 2007.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Chung, Stephanie (2006). "The Transformation of an Overseas Chinese Family – Three Generations of the Eu Tong Sen Family, 1822–1941". Modern Asian Studies. 39 (3): 599–630. doi:10.1017/S0026749X05001873.
- Path of the Righteous Crane, The Life & Legacy of Eu Tong Sen, by Ilsa Sharp, Landmark Books Pte Ltd., 2009, ISBN 981-4189-22-7