Pergi ke kandungan

Etak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Etak
Corbicula fluminea
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Mollusca
Kelas: Bivalvia
Order: Venerida
Superkeluarga: Cyrenoidea
Keluarga: Cyrenidae
Genus: Corbicula
Spesies:
C. fluminea
Nama binomial
Corbicula fluminea
Sinonim

Tellina fluminea O. F. Müller, 1774 (gabungan asal)

Etak atau etok, dengan nama saintifik Corbicula fluminea,[1][2] ialah spesies kepah air tawar yang tempatan dari Asia timur, dan menjadi spesies ceroboh di seluruh Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah.[3]

Ia turut disebut kerang Asia dan kerang emas (atau Asiatic clam dan golden clam di barat).[4]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

"Etak" adalah sebutan yang lebih baku bagi perkataan "etok" yang diambil daripada dialek Kelantan. Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk "etok" sebagai "sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp",[5] namun penerangan ini agak mengelirukan memandangkan Asaphis merujuk pada jenis kepah yang berlainan.

Etak umumnya boleh dijumpai di kawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Etak ini boleh juga dilihat hidup di kawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etak lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi.

Etak yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil, banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-negeri pantai timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu, etak juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup di dasar sungai yang tanahnya berselut.

Di Malaysia, musim kemarau antara bulan Mac hingga Ogos ialah musim terbaik untuk 'menangkap' etak kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan paras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etak merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur.

Kulit etak biasanya terdapat dalam dua warna, iaitu perang kehitaman dan kuning cerah. Etak bercengkerang perang kehitaman sering dijumpai di kawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala yang berwarna kuning cerah pula di kawasan berpasir.[perlu rujukan]

Etak boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat daripada kawat besi.

  1. ^ Aweng Eh Rak (2020). "Traditional Processing Method of Smoked Corbicula fluminea (Etak): Case of Etak Vendor in Kelantan, Malaysia" [Cara Pemprosesan Tradisional Corbicula fluminea Salai (Etak): Kes Penjual Etak di Kelantan, Malaysia]. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science (dalam bahasa Inggeris). IOP Publishing. 569 (1): 1-7. doi:10.1088/1755-1315/596/1/012057.
  2. ^ Chief Editor (21 Februari 2015). "Galeri: Etok". sokmo.net. Dicapai pada 2022-08-05.
  3. ^ Crespo, Daniel; Dolbeth, Marina; Leston, Sara; Sousa, Ronaldo; Pardal, Miguel Ângelo (Julai 2015). "Distribution of Corbicula fluminea (Müller, 1774) in the invaded range: a geographic approach with notes on species traits variability". Biological Invasions (dalam bahasa Inggeris). 17 (7): 2087–2101. doi:10.1007/s10530-015-0862-y. hdl:1822/49103. ISSN 1387-3547. S2CID 16548008.
  4. ^ "ETAK SALAI: KANDUNGAN NUTRISI MAKANAN". Bernama. 6 September 2019. Dicapai pada 2022-08-05.
  5. ^ "etok". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  • Akhbar Kosmo, Selasa 6 September 2011, Kudapan tradisi penduduk Kelantan, halaman 22-23.