Enthiran
Enthiran | |
---|---|
Pengarah | S.Shankar |
Penulis | S.Shankar |
Dihasilkan oleh | Kalanithi Maran |
Dibintangi | Rajinikanth Aishwarya Rai Bachchan Danny Denzongpa |
Sinematografi | R.Rathnavelu |
Disunting oleh | Anthony |
Muzik oleh | A R Rahman |
Diedarkan oleh | Sun Pictures |
Tarikh tayangan | 1 Oktober 2010 |
Masa tayangan | 165 minit |
Negara | India |
Bahasa | Bahasa Tamil |
Bajet | MYR150 million |
Pecah panggung | MYR378 million |
Enthiran (Bahasa Tamil: எந்திரன், Entiraṉ [?]; bahasa Inggeris: Robot ) filem cereka sains Tamil yang diarahkan oleh S. Shankar. Filem ini dilakonkan oleh Super Star Rajinikanth sebagai Profesor Vassegaran dan robot android, Aishwarya Rai Bachchan sebagai Sana, Danny Denzongpa sebagai Profesor Bohra dan Santhanam, Karunaas, Devadarshini sebagai watak menyokong. Filem ini mengisahkan mengenai perjuangan saintis untuk mengawal ciptaannya, robot android yang perisiannya telah dinaik taraf untuk memberikan keupayaan untuk memahami dan menjana emosi manusia. Rancangan ini mengalami kegagalan apabila robot itu jatuh cinta dengan tunang saintis itu iaitu Sana dan terus dipermainkan untuk mengakibatkan kemusnahan kepada dunia apabila robot tersebut jatuh ke tangan pesaingnya.
Selepas hampir satu dekad kerja-kerja pra-pengeluaran, pengambaran filem itu mengambil masa dalam tempoh dua tahun bermula pada tahun 2008. Filem ini menandakan bermulanya Legacy Effects di pawagam India, yang bertanggungjawab bagi animatronik dan kesan visual filem, termsauk juga artis-artis lain di luar India. Skor muzik dan trek bunyi latar filem itu, yang telah digubah oleh A. R. Rahman, menjadi album terlaris dunia pada iTunes Store di tiga buah negara dalam tempoh beberapa hari selepas siaran digital. Filem yang dikeluarkan di seluruh dunia pada 1 Oktober 2010, bersama-sama dengan versi yang digelar: Robo (Telugu: రోబో) di Telugu dan Robot (Hindi: रोबोट) dalam Hindi.[1] Diterbitkan oleh Kalanithi Maran, ia menjadi filem yang paling mahal di India sehingga kini.[2][3] Apabila dibebaskan, filem ini menjadi filem yang terbesar ditayangkan secara antarabangsa bagi filem India.[4][5]
Filem ini menerima pujian pengkritik dan kejayaan komersial, mendapat pendapatan hujung minggu terbesar bagi sebarang filem Tamil.[6] It was ultimately claimed to be the highest-grossing Indian film of all time,[7][8] Ia akhirnya didakwa sebagai filem India berpendapatan terbesar sepanjang masa, sungguhpun disebabkan rekod box office rasmi tidak disimpan di India, ini tidak dapat disahkan secara bebas. Ia turut menerima pujian dari selebriti terkenal di India dan seluruh dunia.
Pada tahun berikutnya, filem ini memenangi beberapa anugerah , termasuk Bintang Anugerah Skrin tahun 2010, Anugerah Filem Negara, Anugerah Vijay, Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa, dan Filmfare Awards Selatan, terutamanya bagi arahan seni-dan kesan khas, yang telah dikendalikan oleh Cyril Sabu dan V. Srinivas Mohan, masing-masing.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Dr Vaseegaran (Rajinikanth), merupakan seorang pakar sains yang pakar dalam robotik, mencipta robot android yang canggih (Rajinikanth) menyerupai dirinya selepas satu dekad penyelidikan asal yang intensif. Ibunya (Revathi Sankaran) mencadangkan ia dinamakan Chitti Babu.
Semasa Persidangan Antarabangsa Robotik di India, Vaseegaran memperkenalkan Chitti kepada perwakilan. Pada masa yang sama, ia menunjukkan bahawa mentor Vaseegaran, Dr. Bohra (Danny Denzongpa) sibuk dalam projek penyelidikan yang sama untuk mencipta robot android yang lebih canggih. Sementara itu, Chitti diberikan kepada teman wanita Vaseegaran, Sana (Aishwarya Rai) dan membantu dia menipu dalam peperiksaan sekolah perubatan. Apabila mereka ditangkap, Sana dibawa kepada penyiasat dan Sana menipu bahawa dia tidak kenal Chitti dan Chitti belajar bahawa manusia boleh menipu untuk menyelamatkan diri mereka daripada bahaya.
Vaseegaran mempersiapkan Chitti untuk penilaian panel oleh Institute Pembangunan dan Penyelidikan Kepintaran Buatan (AIRD), yang diketuai oleh Dr. Bohra. Panel menyiasat sama ada Chitti, dibina bagi mematuhi Tiga Hukum Robotik oleh Isaac Asimov. Vaseegaran membalas tidak. Semasa penilaian, Chitti hampir menikam Vaseegaran menurut arahan Bohra. Bohra menyakinkan jawatankuasa penilaian bahawa Chitti tidak boleh diharapkan di medan perang kerana dia mudah dimanipulasikan untuk menentang terhadap pengendalinya. Vaseegaran memutuskan untuk mengubah suai skema neural Chitti untuk membolehkan dia untuk memahami tingkah laku manusia dan emosi. Chitti akhirnya marah sekali pada Vaseegaran, yang meyakinkannya dan Sana bahawa Chitti kini boleh merasa emosi. Kemudian Chitti menggunakan pengetahuan buku teksnya mengenai symphysiotomy untuk mengendalikan dengan berjayanya rakan Sana Latha (Devadarshini) yang rumit bersalin. Prosedur pembedahan itu diikuti secara langsung oleh media. Dr. Bohra tiba untuk mengucapkan tahniah kepada pencapaian Dr. Vaseegaran. Beliau juga membolehkan Chitti lulus penilaian AIRD. Chitti kemudian mula melihat Sana sebagai minat romantik dan mula memikat. Ini akan mencetuskan konfrontasi antara Vaseegaran dan Chitti. Sana cuba untuk menjelaskan kepada Chitti bahawa dia hanya boleh meminatinya hanya sebagai rakan dan meminta Chitti untuk melupakannya. Chitti kemudian sengaja gagal dalam penilaian yang dijalankan oleh Tentera India. Marah dengan keingkaran Chitti, Vaseegaran memotong Chitti kepada kepingan dan membuangnya dalam tapak pelupusan.
Dr Bohra mengambil bahagian Chitti dari tempat perlupusan sampah sarap dan memasang semula android tersebut. Dia memberikan Chitti rupa yang baru, dan memberkan "cip merah" di dalam Chitti, sekali gus menukarkan Chitti menjadi terminator yang paling kejam. Chitti merempuh perkahwinan Vaseegaran dan Sana lalu menculik Sana. Chitti mula membina salinan dirinya dan membunuh Dr. Bohra. Tidak lama kemudian, tentera robot Chitti menyebabkan huru-hara di bandar, dan mengambil alih Ibu Pejabat AIRD. Vaseegaran menjalankan tugas untuk menghentikan Chitti. Menyamar sebagai salah satu android, beliau berjaya menyusup ke dalam ibu pejabat AIRD. Beliau mengarahkan pihak polis untuk memotong bekalan elektrik di seluruh bandar. Apabila Chitti dan tenteranya hampir kehabisan kuasa, mereka menghentikan kenderaan di jalan raya dan menggunakan bateri untuk mengecas semula diri mereka sendiri. Chitti akhirnya menjumpai Vaseegaran, tetapi ketika Chitti hampir membunuhnya, pasukan polis menyerang AIRD. Robot membentuk diri mereka menjadi formasi sfera, ular, menara, dan pengerudi untuk mempertahankan diri. Salah satu robot terkena letupan bom tangan dan menjadi lumpuh dan diambil oleh Vaseegaran. Vaseegaran memuatkan cecacing komputer ke dalam rangkaian yang melumpuhkan sementara tentera robot Chitti. Chitti mengenal pasti punca cacing dan menghantar arahan "menghapuskan diri" kepada robot. Robot itu kemudian berkumpul dalam bentuk robot gergasi dan mengejar Vaseegaran. Vaseegaran menggunakan data yang dia telah salin dari robot yang dimusnahkan untuk menyahmagnet tentera robot, dengan itu meruntuhkan formasi gergasi. Chitti ditarik dan lekat pada dinding magnet yang besar, membolehkan Vaseegaran mencapai panel kawalan dalaman Chitti, melaluinya dia mengarahkan semua robot yang lain untuk memusnahkan diri mereka sendiri. Beliau kemudian mengeluarkan cip merah, menyebabkan Chitti bertenang.
Semasa perbicaraan mahkamah, pihak juri mencadangkan hukuman mati kepada Vaseegaran, merujuk kepada bilangan mangsa dan kerosakan kepada harta benda awam yang besar diakibatkan oleh tentera robot Chitti. Kemudian Chitti menjelaskan kepada mahkamah bahawa undang-undang membolehkan ia akan dianggap sebagai bahan bukti, jika tidak sebagai saksi, menjelaskan bahawa Dr. Bohralah yang menyebabkan Chitti berubah untuk memusnahkan dunia. Dia menunjukkan mahkamah, dengan menggunakan matanya sebagai projektor 3D, rakaman video Dr. Bohra memasang cip merah ke dalamnya. Mahkamah memutuskan untuk menggugurkan semua tuduhan terhadap Vaseegaran, manakala menyimpulkan bahawa Chitti perlu dihapuskan untuk mengelakkan kemalangan jenis yang sama lagi di masa depan. Kembali di makmal, Vaseegaran dengan penuh emosi memberitahu Chitti untuk menghapuskan dirinya sendiri. Ketika memecat bahagiannya sendiri satu demi satu, Chitti meminta maaf kepada Sana dan Vaseegaran bagi masalah-masalah yang telah disebabkannya. Walau bagaimanapun, sebelum merombak dirinya sepenuhnya, Vaseegaran menenangkan Chitti dengan mengatakan bahawa yang dia tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku. Dan bahawa manusia turut bertanggungjawab kerana Chitti hanya belajar daripada mereka. Chitti tersenyum akhirnya mencabut kepalanya dan merombak dirinya sepenuhnya, dengan semua orang lain di sekelilingnya termasuk Vaseegaran dan Sana menangis.
Dua puluh tahun kemudian pada 2030, pelajar-pelajar sekolah diiringi oleh jurupandu dalam muzium yang memaparkan bahagian badan Chitti. Juru pandu memberitahu pelajar bahawa Chitti adalah robot humanoid yang paling maju yang pernah dicipta, tetapi dimusnahkan kerana "sebab-sebab tertentu". Seorang pelajar ingin tahu (Shriya Sharma) bertanya mengapa, dengan mana kepala Chitti menjawap, "Saya mula berfikir".
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Rajinikanth sebagai Dr. K. Vaseegaran dan Chitti Babu
- Aishwarya Rai sebagai Sana
- Danny Denzongpa sebagai Dr. Bohra
- Santhanam sebagai Siva
- Karunas sebagai Ravi
- Devadarshini sebagai Latha
- Sabu Cyril sebagai Agent Shah
- Kalabhavan Mani sebagai Pachaimuthu
- Revathi Sankaran sebagai ibu Vaseegaran
- Delhi Kumar sebagai ayah Vaseegaran
- Cochin Haneefa sebagai polis trafik
- Raaghav sebagai gangster kolej
- Shriya Sharma sebagai pelajar
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Rajini's Robo to hit Tollywood in October". Sify.com. Dicapai pada 18 September 2010.
- ^ "Endhiran: The costliest film in India". India Today. Dicapai pada 11 Ogos 2010.
- ^ Bollywood sci-fi flick Endhiran storms box office channelnewsasia.com Retrieved 17 October 2010.
- ^ Meet India's biggest film star THE INDEPENDENT. Retrieved 03 October 2010.
- ^ "2000 prints for 'Enthiran' Tamil Movie News". IndiaGlitz. Dicapai pada 18 September 2010.
- ^ "Rajinikanth's Enthiran 'Robot' Review". Dicapai pada 1 Oktober 2010.
- "Enthiran is set to be India's biggest blockbuster - Entertainment - DNA". Dnaindia.com. Dicapai pada 6 Oktober 2010.
- "Enthiran, The Robot Will Be The Super hit Movie Of The Year". Allvoices.com. 2 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2013. Dicapai pada 6 Oktober 2010.
- "Enthiran box office worldwide" (dalam bahasa Tamil). OneIndia.in. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2011. Dicapai pada 12 April 2011.
- "'Rana', a triple delight for Rajini fans". timesofindia.
- Eros backs Rajinikanth spectacular, By Patrick Frater 07 February 2011, Mon 22:26 PM (HKT).
- ^ "Rajinikanth adds 30% to Kalanithi Maran's Sun TV Network revenue". IBN Live. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2011. Dicapai pada 30 Oktober 2011.
- ^ "Rajinikanth adds 30% to Kalanithi Maran's Sun TV Network revenue". The Economic Times.
- ^ February 14, 2011 (14 Februari 2011). "Simbu, Trisha & Enthiran win Awards". Southdreamz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2011. Dicapai pada 19 Mei 2011.
- ^ "Winners of 17th Annual Star Screen Awards 2011". Bollywood Hungama. Dicapai pada 2011-1-7. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "58th National Film Awards for 2010 announced". dff.nic.in. Dicapai pada 19 Mei 2011.
- ^ "DHANUSH RECEIVES IT ON BEHALF OF RAJINI". Behindwoods. Dicapai pada 27 Jun 2011.
- ^ "Endhiran continues to do it!South". Behindwoods. Dicapai pada 29 Jun 2011.
- ^ "Nominees of Idea Filmfare Awards South". IndiaGlitz. Dicapai pada 1 Jun 2011.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatiff
Link Dalaman
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi
- Enthiran di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Enthiran di Rotten Tomatoes
- Enthiran at Bollywood Hungama
- Sumber CS1 bahasa Tamil (ta)
- Film superheroes
- Indian science fiction films
- Guna tarikh dmy dari October 2010
- Filem bahasa Tamil
- Filem India
- Enthiran
- Filem 2010
- Tamil-language films dubbed into Telugu
- 2010s science fiction films
- Science fiction films
- Science fiction action films
- Robot films
- Computer-animated films
- Films shot digitally
- Films shot in India
- Films set in Chennai
- Plagiarism controversies