Pergi ke kandungan

Enric Valor i Vives

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Enric Valor i Vives.jpg

Enric Valor i Vives (b. 1911 di Castalla, l'Alcoià; d. 2000 di Valencia) merupakan pengulas dan ahli nahu (grammarian) yang sumbangan terpentingnya adalah pengumpulan dan pemulihan Valencian (lexicography), dan penganjur terpenting Catalan piawaian di negeri Valencian, Sepanyol.

Biography

[sunting | sunting sumber]

Enric Valor dilahirkan pada tahun 1911, anak kepada keluarga yang kaya dari Castalla, di negeri Valencian di l'Alcoià. Pada tahun 1930, ketika berusia sembilan belas tahun, dia menjadi wartawan di Alicante menulis dalam akhbar satire El Tio Cuc, di Valencian. Semasa Republik Sepanyol Kedua dia aktif sebagai ahli politik. Tuntutan utamannya adalah status autonomi bagi Negeri Valencian, dan juga penubuhan Alicante sebagai Catalan. Dia juga pada masa ini bekerja dengan akhbar (nationalist) dengan Bandar Valencia: La República de les Lletres, El Camí, El País Valencià. Apabila Perperangan Saudara Sepanyol meletus dia menyokong Republik Sepanyol.

Selepas perang, dia mengurangkan aktiviti politiknya untuk menumpu kepada penulisan. Pada permulaan 1950 dia mula menerbitkan "rondalles", sejenis cerita popular Valencian, yang diterbitkan dalam Rondalles valencianes (1950-1958). Dalam tahun 1960-an dia kembali aktif dalam aktiviti politik bawah tanah membabitkan kebangsaan Valencian dan, akibatnya dia menjadi tahanan politik ditaktor Franco dari tahun 1966 hingga 1968. Selepas dibebaskan, dan dalam kata-katanya sendiri, "tiada apa yang dipelajari", dia mengasaskan salah satu majalah pertama di Valencian pada tempoh selepas perang; Gorg ("Whirl", dalam Catalan). Apabila ditaktor Franco berakhir, Enric Valor mampu menyebarkan pendapat dan penulisannya secara bebas. Dia mula dianugerahkan dengan hadiah untuk penulisan dan linguist penting daripada seluruh ceruk rantau negara penutur Catalan. Pada tahun 1990-an terdapat gerakan dikalangan masyarakat Valencian dan kumpulan kebudayaan untuk mencadangkan Valor sebagai calun Hadiah Nobel dalam penulisan, tetapi dia meninggal secara mengejut pada 2000. Hari ini, jalan, dataran, sekolah, dan persatuan diseluruh Negeri Valencian dinamakan sempana namanya.