Enggang Sumba
Enggang Sumba | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Bucerotiformes |
Keluarga: | Bucerotidae |
Genus: | Rhyticeros |
Spesies: | R. everetti
|
Nama binomial | |
Rhyticeros everetti Rothschild, 1898[3]
| |
Sinonim | |
Aceros everetti |
Enggang Sumba (Rhyticeros everetti) ialah spesies enggang keluarga Bucerotidae. Ia endemik di pulau Sumba di Indonesia. Nama binomialnya ialah sempena memperingati pentadbir kolonial British dan pengumpul zoologi Alfred Hart Everett.
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Ia bersaiz sederhana, berbuluan kehitaman dan panjangnya kira-kira 70 cm. Jantannya perang kemerahan gelap pada gombak dan tengkuk, dengan leher yang lebih pucat. Betina mempunyai buluan hitam sepenuhnya. Kedua-dua jantina mempunyai paruh besar yang kusam dan kekuningan dengan tompok manggis di pangkalnya, cula bergerigi dan tekak biru bolehkembung.
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Endemik di Indonesia, ia mendiami hutan separuh malar hijau di Sumba di Kepulauan Sunda Kecil. Ia jarang ditemui dan ditemui di tanah rendah pada ketinggian sehingga 950 m (3,120 ka).
Tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Ia bersifat monogami. Pemakanannya terdiri terutamanya daripada buah-buahan.
Status pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Disebabkan kehilangan habitat yang berterusan, julat terhad, saiz populasi yang kecil, dan pemburuan berlebihan di sesetengah kawasan, bia dinilai sebagai Terjejas dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. Ia disenaraikan pada Lampiran II CITES. Sebahagian daripada habitatnya dilindungi di Taman Negara Laiwangi Wanggameti dan Taman Negara Manupeu Tanah Daru.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b BirdLife International (2020). "Rhyticeros everetti". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22682535A184201170. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22682535A184201170.en. Dicapai pada 20 November 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "iucn status 20 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
- ^ "Bericht über die Jahresversammlung der Deutschen Ornithologischen Gesellschaft vom 28. bis 30. Mai 1897 in Dresden". Journal für Ornithologie. 45 (4): 513. 1897. doi:10.1007/BF02207249. S2CID 8223540. The title page of the volume has 1897 but the article was not published until 1898.