Pergi ke kandungan

Empayar Carolus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Empayar Carolingia)
Peluasan pengaruh Empayar Carolus pada kemuncaknya - dengan tiga bahagian perintahan utama - pada tahun 843.M.

Empayar Carolus atau Empayar Caroling[ian] (Carolingian Empire) adalah sebuah empayar besar yang wujud merangkumi kawasan barat dan tengah benua Eropah pada awal Abad Pertengahan dari 800 hingga 888 tahun Masihi. Ia diperintah oleh dinasti Carolus yang memerintah sebagai raja orang Frank sejak 751 dan sebagai raja Langobard dari Itali dari 774. Pada tahun 800, Charlemagne ditabalkan sebagai maharaja di Rom oleh Paus Leo III dalam usaha memulihkan Empayar Rom Barat saat ketiadaan waris yang menduduki takhta Empayar Rom Timur. Setelah berlangsung perang saudara (840-43) berikutan kemangkatan Maharaja Ludwig I, kerajaan ini dibahagikan kepada kerajaan-kerajaan kecil yang memerintah sendiri dengan satu sahaja raja yang masih diiktiraf sebagai penghulu namun dikurangkan kuasanya kepada negerinya sendiri.

Empayar ini terbentuk dengan keluasan sebanyak 1,112,000 kilometer persegi (429,000 bt2) dengan populasi sebanyak antara 10 hingga 29 juta orang.[1] Ia bersempadan dengan Amiriah Cordoba dan Kerajaan Pamplona (sejak 824) di bahagian selatan, kerajaan orang Dane di bahagian utara, Kerajaan Bretagne di sebelah barat, dan kawasan-kawasan dihuni bangsa-bangsa Slav dan Avar di sebelah timur.

Empayar ini tidak mempunyai suatu nama seragam sehinggalah ia dikaji berabad-abad kemudian setelah kerajaan besar ini dihapuskan. Catatan semasa mengenai ehwal dalam kerajaan ini sering dirujuk dengan pelbagai ungkapan - dalam bahasa Latin - iaitu

  • universum regnum ("seluruh kerajaan", sebagai pembeza kepada kerajaan-kerajaan yang wujud dalam rantaunya),
  • Romanorum sive Francorum imperium[a] ("empayar orang-orang Roma dan Frank"),
  • Romanum imperium ("empayar Roma")
  • imperium christianum ("empayar Kristian").[2]

Penubuhan

[sunting | sunting sumber]

768-814: Zaman Perkembangan, kemunculan Charlemagne dan peluasan kuasanya

[sunting | sunting sumber]

Kenaikan takhta Charlemagne sebagai maharaja memulakan suatu zaman yang meluaskan kuasanya sebesar rantau Eropah Barat sendiri dengan banyak peperangan yang dipimpin beliau menewaskan banyak orang-orang Jermanik sejauh sungai Elbe.[3][4] Baginda menakluk kerajaan Langobard pada tahun 774 dan menakluki Bavaria pada tahun 788 serta kawasan milik orang-orang Sachsen dari tahun 772 sehingga 804. Baginda putera sulungnya Pippin der Buckelige diaran memerangi orang Avar pada tahun 795.

Perjanjian Verdun serta pembahagian utama kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Suatu persetiaan dibuat di Strasbourg pada tahun 842 antara Ludwig II dan Karl II sebagai menidakkan taraf kakanda mereka Lothair I. Ia memulakan pembahagian antara kawasan Barat dan Timur dalam empayar ini, ia sendirinya dilihat sebagai titik mulanya kewujudan negara-negara Perancis dan Jerman.[5] Suatu perjanjian dimeterai di Verdun pada 843 di mana tiga putera Ludwig II - Ludwig III, Karlmann dari Bavaria and Karl III - diagihkan tanggungjawab memerintah kedua-dua kawasan ini sebagai meleraikan perbalahan tersebut.[6]

881-888: Kejatuhan dan pemecahan kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Karl III dinobatkan sebagai maharaja terakhir empayar ini pada tahun 881. Baginda mempunyai kelemahan yang sangat ketara di mana keadaan jasmani baginda tidak sahaja sering dalam keadaan keletihan dan gemuk (maka baginda turut mendapat jolokan "Karl/Charles yang Gemuk"), tetapi baginda juga disyaki gering mengalami epilepsi; kedua-dua keadaan ini menjadikan baginda suatu tokoh yang tidak begitu mampu melawan dengan cekap terutamanya melawan kaum Viking yang menjarah kawasan taklukannya. Arnolf von Kärnten, anak kepada Karlmann iaitu mamanda Karl, mengisytiharkan suatu pemberontakan ke atas angkatan baginda - Karl III segera mengalah dan melarikan diri ke sebuah kampung bernama Neidingen (kini di Baden-Württemberg, Jerman), di sanalah baginda mangkat pada tahun 888 Masihi.

Empayar yang ditinggalkan Karl ini tiada pewaris menerus yang sah, maka kerajaan ini dipecahkan kepada beberapa orang besar:[7]

Senarai raja yang memerintah

[sunting | sunting sumber]

Daftar yang ada di sini ialah raja-raja yang dinobatkan oleh Paus (sebagai Ketua Gereja Katolik) di Roma.

Gambaran Nama Tarikh pertabalan Tarikh kemangkatan Duit yang dimeterai
Karl I

(Charlemagne)

25 Disember 800 28 Januari 814
Ludwig I

(Louis the Pious)

Pertabalan pertama: 11 September 813[8]
Pertabalan kedua: 5 Oktober 816
20 Jun 840
Lothair I 5 April 823 29 September 855
Ludwig II 1st: Easter 850

2nd: 18 May 872

12 August 875
Karl II

(Karl yang Botak)

29 Disember 875 6 Oktober 877
Karl III

(Karl yang Gemuk)

12 Februari 881 13 Januari 888
  1. ^ Sometimes with Romanum (Roman) replacing Romanorum (of the Romans) and atque (and) replacing sive (or).
  1. ^ Post-Roman towns, trade and settlement in Europe and Byzantium – Joachim Henning – Google Břger. Books.google.dk. Dicapai pada 24 Disember 2014. The size of the Carolingian empire can be roughly estimated at 1,112,000 km²
  2. ^ Ildar H. Garipzanov, The Symbolic Language of Authority in the Carolingian World (c.751–877) (Leiden: Brill, 2008).
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  4. ^ Davis, Jennifer (2015). Charlemagne's Practice of Empire. Cambridge University Press. m/s. 25. ISBN 978-1316368596.
  5. ^ "Die Geburt Zweier Staaten – Die Straßburger Eide vom 14. February 842 | Wir Europäer | DW.DE | 21.07.2009". Dw-world.de. 2009-07-21. Dicapai pada 2013-03-26.
  6. ^ Eric Joseph Goldberg, Struggle for Empire: Kingship and Conflict Under Louis the German, 817–876, Cornell University Press, 2006 ISBN 978-0-8014-3890-5
  7. ^ Simon MacLean, Kingship and Politics in the Late Ninth Century: Charles the Fat and the End of the Carolingian Empire, Cambridge University Press, 2003 ISBN 978-0-521-81945-9
  8. ^ Egon Boshof: Ludwig der Fromme. Darmstadt 1996, p. 89

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]