Empangan Bukit Kwong
Empangan Bukit Kwong atau dikenali juga dengan nama Padang Bukit terletak di negeri
Kelantan Darul Naim berhampiran
sempadan Malaysia-Thailand di latitud 500 57.3'
U dan longitude 1010 57.9' T. Empangan ini
terletak kira-kira 8.5km dari barat daya pekan
Rantau Panjang. Kawasan
tadahannya adalah lebih kurang 11km
persegi yang disalirkan oleh Sg. Tandak
Liang yang mengalir ke dalam Sungai Golok,
sungai utama dalam lembangan Sg. Golok.
Empangan terdiri daripada satu benteng
timbusan tanah homogen, satu alur limpah
tidak berpintu berabung lebar separa bulat
jatuh tegak dan satu struktur pengambilan
pintu skru gelongsor tegak.
Pembinaan
empangan ini bermula pada bulan
September 1976 dan siap pada bulan Julai
1979.
Kapasiti takungan empangan adalah lebih
kurang 14.3Mcm pada aras kolam biasa
RL16.76m dan storan aktif 10.49Mcm.
Berdasarkan saiz dan klasifikasi potensi
bahaya empangan oleh US Army Corps of
Engineers, empangan ini jatuh di bawah
kategori saiz pertengahan dengan potensi
bahaya tinggi.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Empangan ini adalah merupakan sumber air bagi kawasan pertanian sawah padi iaitu menyalirkan air ke Kampung Telaga Mas, Kok Pauh dan sehingga tamat di kawasan Kampung Parit Air , Rantau Panjang .Air dari empangan ini disalirkan menggunakan tali air.
Kawasan di sekitar empangan ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong dengan mempunyai daya tarikan yang tersendiri iaitu tasik dan bukit bukau yang menarik.Tetapi itu semua masih dalam perbincangan.