Pergi ke kandungan

Eliud Kipchoge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eliud Kipchoge
EGH
Kipchoge, Maraton Berlin 2015
Maklumat peribadi
Lahir (1984-11-05) 5 November 1984 (umur 40)
Kapsisiywa, Daerah Nandi, Kenya
Ketinggian167 cm (5 ka 6 in)[1]
Berat badan52 kg (115 lb)[1]
Sukan
NegaraKenya
SukanOlahraga
AcaraMaraton, 5000 m
Dilatih olehPatrick Sang
Pencapaian dan pingat
Peringkat akhir dunia2003 Paris
5000 m,  Emas
2005 Helsinki
5000 m, 4th
2007 Osaka
5000 m,  Perak
2009 Berlin
5000 m, ke-5
2011 Daegu
5000 m, ke-7
Peringkat akhir Olimpik2004 Athens
5000 m,  Gangsa
2008 Beijing
5000 m,  Perak
2016 Rio de Janeiro
Marathon,  Emas
2020 Tokyo
Marathon,  Emas
Rekod peribadi terbaik

Eliud Kipchoge (lahir 9 November 1984) ialah pelari jarak jauh Kenya yang bertanding dalam maraton dan dahulunya bertanding dalam jarak 5000 meter. Dianggap secara meluas sebagai pelari maraton terhebat, beliau ialah juara maraton Olimpik 2016 dan 2020, memegang rekod dunia maraton dengan catatan masa 2:01:09 dalam Maraton Berlin 2022, dan memegang empat daripada lima maraton terpantas kali dalam sejarah.[2]

Kipchoge merangkul kejuaraan dunia individu pertamanya pada tahun 2003 dengan memenangi perlumbaan remaja di Kejohanan Rentas Desa Dunia, dan mencipta rekod remaja dunia dalam acara 5000 m. Pada usia 18 tahun, beliau menjadi juara dunia 5000 m senior dalamKejohanan Dunia 2003 dengan rekod kejohanan, dan diikuti dengan gangsa Olimpik bagi Kenya pada 2004 dan satu lagi gangsa pada Kejohanan Dalaman Dunia 2006. Selain itu, beliau turut menjadi finalis acara 5000 m Kejohanan Dunia sebanyak lima kali, dan meraih pingat perak dalam Kejohanan Dunia 2007, Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Komanwel 2010.

Beliau beralih kepada larian jalan raya pada 2012 dan merangkul debut maraton separuh kedua terpantas, pada catatan masa 59:25. Dalam debut maratonnya, beliau memenangi Maraton Hamburg 2013 dalam masa rekod kursus. Kemenangan pertamanya dalam Marathon Major Dunia diperoleh Maraton Chicago pada 2014, dan kemudiannya menjadi juara siri pada 2016, 2017, 2018 dan 2019. Beliau telah memenangi Maraton London empat kali, dan Maraton Berlin menyamai rekod empat kali. Dengan 15 kemenangan daripada 17 maratonnya, satu-satunya kekalahan Kipchoge ialah menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Wilson Kipsang Kiprotich pada Maraton Berlin 2013, di mana Kipsang memecahkan rekod dunia, dan menduduki tempat kelapan pada Maraton London 2020.[3][4][5] Larian rekod dunia semasa Kipchoge adalah pantas sebanyak 30 saat rekod dunia terdahulu, juga rekod dirinya, dan merupakan kemajuan 78 saat berbanding rekod dunia sedia ada, terbesar sejak 1967.

Pada 12 Oktober 2019, Kipchoge berlari jarak maraton dalam Cabaran Ineos 1:59 di Vienna, Austria, mencapai catatan masa 1:59:40.2.[6] Walaua bagaimanapun, larian itu tidak dikira sebagai rekod maraton baharu kerana peraturan piawai pertandingan bagi perentakan dan cecair tidak dipatuhi, dan ia bukan acara terbuka.[7][8][9]

Rekod pertandingan

[sunting | sunting sumber]
  • "Eliud Kipchoge". Association of Road Racing Statisticians. Dicapai pada 25 September 2018.
  • "Eliud Kipchoge". IAAF. Dicapai pada 25 September 2018.

Petikan khusus

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Eliud KIPCHOGE". olympicchannel.com. Olympic Channel Services. Dicapai pada 7 August 2020.
  2. ^ George Ramsay (8 August 2021). "Eliud Kipchoge is the 'greatest of all time ... in any sport'". CNN. Dicapai pada 20 March 2022.
  3. ^ "News". leichtathletik.de (dalam bahasa Jerman). 28 April 2019. Dicapai pada 28 April 2019.
  4. ^ "Berlin marathon: Wilson Kipsang sets new world record". BBC Sport. 29 September 2013. Dicapai pada 1 October 2018.
  5. ^ Snider-McGrath, Ben (4 October 2020). "Shura Kitata wins London Marathon in sprint finish, Kipchoge 8th". Canadian Running Magazine.
  6. ^ Andrew Keh (12 October 2019). "Eliud Kipchoge Breaks Two-Hour Marathon Barrier". The New York Times. Dicapai pada 12 October 2019.
  7. ^ Dalek, Brian; Sgobba, Christa (12 October 2019). "History Made: Kipchoge Runs Under 2 Hours at INEOS 1:59 Challenge". Runner's World. Dicapai pada 12 October 2019.
  8. ^ Hawkins, Derek (12 October 2019). "Kenya's Eliud Kipchoge just became the first marathon runner to break the 2-hour barrier". The Washington Post. Dicapai pada 12 October 2019.
  9. ^ "Eliud Kipchoge: The man, the methods & controversies behind 'moon-landing moment'". BBC Sport. 19 November 2019.