Elden Ring
Elden Ring | |
---|---|
Pembangun | FromSoftware |
Penerbit | Bandai Namco Entertainment
|
Pengarah |
|
Pengeluar | Yuzo Kojima |
Pengatur cara |
|
Penulis |
|
Komposer |
|
Siri | Elden Ring |
Platform | |
Pelepasan | 25 Februari 2022 |
Genre | Berperanan aksi |
Mod | Pemain tunggal, multipemain |
Elden Ring[a] ialah sebuah permainan video berperanan aksi yang dibangunkan FromSoftware dan diterbitkan Bandai Namco Entertainment. Permainan ini dihasilkan atas kerjasama novelis fantasi George R. R. Martin yang memberikan bahan aturan permainan. Permainan ini dilancarkan bagi platform Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X/S pada 25 Februari 2022.
Permainan ini diceritakan melalui pandangan darjat ketika, dan pemain boleh merayau bebas ke penjuru peta di dalam dunia terbuka yang interaktif. Siri ini lebih besar dan jalan cerita tidak terlalu mengikut latar, berbeza dari permainan-permainan From Software berciri souls sebelumnya. Permainan yang mana pemain, dicabar oleh musuh yang boleh menewaskan pemain hanya dengan satu serangan sahaja.
Pembangunan permainan mengambil masa kira-kira enam tahun. Pada pelancaran, Elden Ring menerima pujian yang baik terhadap sistem merayau bebas dan gaya main yang disifatkan sebagai suatu genre PVB berlakar khas Souls. Unsur-unsur permainan di antaranya melawan, menjarah, menunggang kuda, interaksi dengan watak dan penambahbaikan kemampuan protagonis yang dimainkan.