Eksesais Angkasa Samudera
Penampilan
Eksesais Angkasa Samudera ke-4 atau singkatannya 'Angsa' merupakan latihan gabungan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur dan Markas Wilayah Laut 3 Langkawi pada 2 - 15 Ogos 2009.
'Eksesais Angsa' adalah gabungan dua eksesais iaitu Eksesais Keris Mas yang diadakan oleh TLDM dan Eksesais Angkasa Raya yang dilaksanakan oleh TUDM bermula tahun 2006. Eksesais Angsa 4/2009 ini dilancarkan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.
Tujuan
[sunting | sunting sumber]Antara lain tujuannya ialah :
- Menilai keupayaan bersama kedua-dua pasukan
- Menilai kesiapsiagaan
- Meningkatkan keserasian
- Menguji tahap keberkesanan sistem P4 iaitu Pemerintahan, Pengawalan, Perhubungan dan Perkomputeran.
Latihan
[sunting | sunting sumber]- Pertahanan ruang udara, serangan udara ke atas kapal-kapal
- Latihan anti-keganasan
- Combat SAR (mencari dan menyelamat dalam situasi tempur).