Ekor lembu
Ekor lembu (Jawi: ايکور لمبو ) merupakan salah satu anggota badan dari bahagian punggung lembu yang boleh dijadikan daging makanan. Ekor lembu biasanya mempunyai keberatan 7–8 lb (3.2–3.6 kg), disiat dan dipotong pendek-pendek untuk dijual.
Daging ekor lembu kaya dengan gelatin, biasanya dimasak secara rebus[1] atau ditumis remeh. Ia merupakan bahan asas air rebusan yang tradisional untuk memasak sup ekor. Penyediaan tradisional melibatkan proses masak perlahan, walau bagaimanapun, beberapa resipi moden menggunakan kaedah periuk tekanan.
Ekor lembu ialah ramuan utama hidangan Itali coda alla vaccinara, sejenis masakan Rom klasik.[2] Ia juga merupakan perisa yang popular untuk sup tin yang diproses di United Kingdom dan Ireland.
Ekor lembu juga salah satu bahan asas yang popular untuk hidangan pembuka selera Rusia (холодец atau студень) bersama-sama dengan kaki atau telinga babi, atau "lutut" lembu, malah dijadikan bahan-bahan pilihan di kalangan Yahudi Rusia kerana berstatus kosher.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Blumenthal, Heston (14 November 2003). "The twist in the tail". The Guardian. London. Dicapai pada 16 August 2012.
- ^ Dickie, John (8 January 2008). Delizia!: The Epic History of the Italians and Their Food (dalam bahasa Inggeris). Simon and Schuster. ISBN 978-1-4165-5400-4.