Pergi ke kandungan

Ejaan van Ophuijsen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ejaan Van Ophuijsen)

Ejaan van Ophuijsen ialah sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu kemudian akan dinamakan pembaharuan bahasa Indonesia antara tahun 1901 sehingga 19 Mac 1947 ketika itu. Ejaan ini digunakan untuk menulis kata-kata Melayu menurut model yang difahami oleh orang Belanda, iaitu menggunakan huruf Latin dan bunyi yang mirip dengan pertuturan Belanda, antaranya:

  • huruf 'j' untuk menulis kata-kata jang, pajah, sajang
  • huruf 'oe' untuk menulis kata-kata goeroe, itoe, oemoer
  • tanda diakritik seperti lisu terbalik dan koma atas untuk menulis kata-kata ma'moer, 'akal, ta', pa', dinamai'.

Kebanyakan catatan tertulis bahasa Melayu pada masa itu menggunakan huruf Arab yang dikenali sebagai tulisan Jawi.

Sejarah ringkas

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1901, pembakuan ejaan bahasa Indonesia dilaksanakan buat pertama kali oleh Prof. Charles van Ophuijsen, dibantu oleh Engku Nawawi gelar Sutan Makmur, dan Mohd. Taib Sultan Ibrahim. Hasil pembakuan mereka yang dikenali sebagai "Ejaan Van Ophuijsen" ditulis dalam buku yang berjudul Kitab Loghat Melajoe. Dalam buku itu, sistem ejaan Latin untuk bahasa Melayu di Indonesia dihuraikan.

Ejaan van Ophuijsen akhirnya digantikan dengan Ejaan Republik pada 19 Mac 1947.