Pergi ke kandungan

Edymar Martínez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Edymar Martínez
Kelahiran
Edymar Martínez Blanco

(1995-07-10) 10 Julai 1995 (umur 29)
PekerjaanModel
Ketinggian1.77 m (5 ka 10 in)
PangkatMiss Anzoátegui 2014
Miss Venezuela International 2014
Miss International 2015
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutCoklat
Warna mataHijau
Pertandingan
utama
Miss Venezuela 2014
(Miss Venezuela International 2014)
(L'Bel Most Beautiful Face)
Miss International 2015
(Juara)
(Miss Perfect Body)

Edymar Martínez Blanco (lahir 10 Julai 1995) ialah model dan ratu cantik Venezuela. Beliau mewakili wilayah Anzoátegui di pertandingan kebangsaan Miss Venezuela 2014 dan meraih gelaran Miss Venezuela International yang sebelum ini dipegang pada tahun sebelumnya oleh Michelle Bertolini. Martinez dinobatkan sebagai Miss International 2015 yang berlangsung di Grand Prince Hotel Takanawa, Tokyo, Jepun pada 5 November 2015.[1][2]

Martinez memulakan kerjayanya sebagai model pada usia muda bersama Organization Intermodels Venezuela" di Puerto La Cruz. Pada Disember 2010, pada usia 15 tahun, beliau bersaing di pertandingan Miss Teen Beauty Venezuela yang mewakili wilayah asalnya, dan berjaya sebagai juara dan menjadi pengalaman pertamanya dalam pertandingan kecantikan.

Pertandingan kecantikan

[sunting | sunting sumber]

Miss Venezuela 2014

[sunting | sunting sumber]

Edymar mewakili wilayah Anzoátegui di Miss Venezuela 2014 yang diadakan kali ke-62 pada 9 Oktober. Beliau bersaing bersama 24 finalis lainnya. Beliau berjaya menerima gelaran Miss Venezuela International (yang akan mewakili Venezuela di Miss International) dan juga anugerah khas Miss Face.

Miss International 2015

[sunting | sunting sumber]

Edymar mewakili negaranya di Miss International 2015 yang berlangsung di Tokyo, Jepun, pada 5 November 2015. Beliau menjuarai pertandingan tersebut dan menewaskan 69 peserta lainnya. Menjadikannya wanita Venezuela ketujuh yang meraih mahkota pertandingan tersebut. Beliau juga meraih penghargaan khas Miss Perfect Body.

  1. ^ "Miss Venezuela International 2014 Winner is Edymar Martínez". Angelopedia.com. Dicapai pada 10 October 2014.
  2. ^ "Edymar Martínez is Miss International 2015". www.angelopedia.com. Angelopedia. 5 Nov 2015.
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Puerto Rico Valerie Hernandez
Miss International
2015
Diikuti oleh:
Filipina Kylie Verzosa
Didahului oleh
Michelle Bertolini
Miss Venezuela International
2014
Diikuti oleh:
Jessica Duarte
Didahului oleh
Daniela Briceño
Miss Anzoátegui
2014
Diikuti oleh:
Mariana Méndez