Pergi ke kandungan

Eclipse (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eclipse
Umum
PengarangStephenie Meyer
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Sirisiri Twilight
GenreFantasi, romantik, dewasa
Penerbitan
PenerbitLittle, Brown
Tarikh penerbitan
7 Ogos 2007
Jenis media
Cetakan
e-Book (Kindle)
Audio Book (CD)
Halaman629
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 978-0-316-16020-9
OCLC124031725
LCCPZ7.M5717515 Ec 2007
Kronologi
New Moon Breaking Dawn

Eclipse ialah novel ketiga dalam Twilight Saga karya Stephenie Meyer. Ia meneruskan kisah Bella Swan dan kekasih pontianaknya, Edward Cullen. Novel ini mengisahkan kompromi Bella antara cintanya pada Edward dan persahabatannya dengan Jacob Black, dan juga dilema tentang meninggalkan alam fana dalam suasana yang menakutkan, akibat serangan pontianak misteri di Seattle.

Eclipse didahului oleh New Moon dan diikuti oleh Breaking Dawn. Buku ini dikeluarkan pada 7 Ogos 2007, dengan cetakan awal sebanyak sejuta salinan,[1] dan terjual sebanyak 150,000 salinan dalam tempoh 24 jam sahaja.[2] Eclipse ialah buku terlaris keempat pada 2008, di belakang Twilight, New Moon, dan Breaking Dawn. Sebuah adaptasi filem novel ini dikeluarkan pada 30 Jun 2010.[3]

  1. ^ Bob Minzesheimer (2007-08-15). "Vampire tale takes bite out of 'Potter'". USA Today. Dicapai pada 2008-11-07.
  2. ^ Jeffrey A. Trachtenberg (2007-08-10). "Booksellers Find Life After Harry In a Vampire Novel". The Wall Street Journal. Dicapai pada 2008-11-07.
  3. ^ Joshua Rich (2009-02-20). "'Twilight': Third film in series, 'Eclipse,' set for June 2010". Entertainment Weekly. Dicapai pada 2009-02-20.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]