EPG Malaysia-Indonesia
Mesyuarat Kumpulan Tokoh Terkemuka Malaysia-Indonesia (Malaysia-Indonesia Eminent Persons Group) - (EPG)) merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh kedua-dua negara untuk menyelesaikan perbalahan rakyat antara kedua-dua negara berhubung pertikaian budaya, sejarah lampau, tuntutan bertindih dan lain-lain. [1]
Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Penubuhan EPG dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Putrajaya pada Januari 2008.
EPG Malaysia-Indonesia adalah lanjutan daripada EPG Asean. EPG Asean seramai 10 orang diketuai oleh Tun Musa Hitam dan berjaya menghasilkan Piagam Asean pada 10 November 2007.
Cadangan
[sunting | sunting sumber]Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain menjelaskan isu yang dibincangkan oleh EPG ialah:
- Jurang persepsi antara generasi
- Usahasama warisan budaya
- Pemaparan atau pencitraan kedua-dua negara melalui media massa.
- Dialog antara ahli-ahli sejarah
- Dialog antara organisasi mahasiswa
- Dialog antara organisasi pemuda.
Tokoh terkemuka
[sunting | sunting sumber]Mekanisme EPG Malaysia-Indonesia ini terdiri daripada 14 tokoh yang layak dan berwibawa srta mempunyai pengaruh kepada rakyat di negara masing-masing. Mereka ialah :
Delegasi Malaysia
- Tun Musa Hitam - bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Timbalan Ketua Menteri Sabah
- Tan Sri Abdul Halim Ali - bekas Ketua Setiausaha Negara
- Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin - bekas Panglima Angkatan Tentera
- Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim - tokoh sejarah
- Tan Sri Dr Hamid Bugo - bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
- Datuk Syed Ali Tawfik Al Attas- Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) [2]
Delegasi Indonesia
- Jeneral (B) Tan Sri Try Sutrisno
- Ali Alatas - bekas Menteri Luar Indonesia
- Prof Dr Quraisy Shihab - bekas Duta Indonesia ke Mesir
- Datuk Drs Des Alwi Abubakar - bekas diplomat Indonesia ke Malaysia
- Dr Musni Umar - Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Dr Pudentia Maria Purenti Sri Sunianti - tokoh wanita
- Wahyuni Bahar - ahli perniagaan dan wakil golongan muda
Mesyuarat Pertama
[sunting | sunting sumber]Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merasmikan pelancaran Mesyuarat Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia-Indonesia sempena Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di Kuala Lumpur pada 7 Julai 2008. Turut hadir ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad .[3]
Mesyuarat pertama EPG diadakan di Jakarta dari 29 hingga 30 Ogos 2008.
Mesyuarat Kedua
[sunting | sunting sumber]Mesyuarat kedua EPG diadakan di Hotel Mandarin Oriental , Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Oktober 2008.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Inaugural Malaysia-Indonesia EPG Meeting Begins In Jakarta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-10-07.
- ^ Mesyuarat Pertama EPG Antara Malaysia-Indonesia Jumaat Ini[pautan mati kekal]
- ^ Dr. M: Ada usaha bersepadu jatuhkan Najib