Buku elektronik
Buku elektronik atau buku-e/e-buku (bahasa Inggeris: electronic book, juga e-book) ialah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data digital seakan buku yang mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, gambar atau kedua-duanya. Terbitan sebegini boleh dibaca menggunakan pembaca elektronik yang khusus namun sebarang komputer dengan paparan atau skrin leper[1] yang boleh dilihat seperti komputer riba, komputer tablet dan telefon bijak juga boleh digunakan.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa tokoh yang dilihat berperanan penting dalam pembangunan terbitan buku elektronik ini:
- 1949 - Ángela Ruiz Robles, seorang guru dari León, Sepanyol, mempatenkan Enciclopedia Mecánica ("Ensiklopedia Mekanikal") yang dijanakan udara termampat yang memaparkan teks kandungan dalam spol atau kumparan bersertakan rakaman audio, kanta pembesar, kalkulator dan lampu membaca.[2] Satu purbarupanya disimpan di Muzium Sains dan Teknologi Negara di La Coruna, Sepanyol.[3]
- 1971 - Michael S. Hart, seorang penulis di Universiti Illinois, melakukan kerja menukarkan dokumen-dokumen kepada bentuk teks biasa supaya senang dimuat turun berikutan selesainya projek menaip semula Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat di komputernya. Projek Gutenberg dilancarkan sebagai hasil daripada usaha ini dengan bertujuan menyalin teks secara elektronik.[4]
Pengunaan buku elektronik semakin digemari terutamanya di Amerika Syarikat dengan meluasnya kemudahan Internet kepada orang ramai pada tahun 1990-an.
Pengenalan teknologi ini di Nusantara pula bermula secara meluas dengan sebuah penerbit Malaysia, [5] pada Oktober 2010 yang menjual e-buku dalam format EPUB dan MOBI yang boleh disokong dalam peranti Amazon Kindle, Apple iBooks dan Kobo. Buku elektronik interaktif Bahasa Melayu pertama syarkat tersebut, Hingga Akhir Hayat,[6] mula dijual di Apple Appstore pada Mei tahun berikutnya. Teknologi ini kemudiannya semakin dikenali di arus perdana apabila Kumpulan MPH memperkenalkan perkhidmatan penerbitan digital dan kedai e-buku mereka [7] pada Disember 2011.
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Buku biasanya akan diterbitkan dalam format cetakan dahulu barulah format elektronik akan dihasilkan jika disetujui pengarang. Namun, perkara sebaliknya juga boleh berlaku kadangkalanya di mana buku elektronik diterbitkan semula dalam bentuk cetakan jika adanya permintaan dari para pembaca. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di Internet.
Terbitan elektronik ini dihasilkan daripada cetakan (atau salinan keras) sedia ada melalui pengimbasan dokumen yang penuh teliti dan tidak merosakkan cetakan asal. Fail imaji yang terhasil daripada pengimbasan ini akan ditukarkan kepada format teks sama ada melalui suatu perisian pengecaman aksara optik[8] ataupun melalui penaipan semula teks kandungan cetakan asal.
Format
[sunting | sunting sumber]Buku elektronik mempunyai pelbagai jenis format di mana ada daripadanya hanya dapat dibuka menggunakan alatan pembaca berjenama tertentu:
Pembaca elektronik | Format benaman |
---|---|
Amazon.com Kindle dan Fire[9] | AZW, AZW3, KF8, non-DRM MOBI, PDF, PRC, TXT |
Barnes & Noble Nook dan Nook Tablet[10] | EPUB, PDF |
iPad Apple[11] | EPUB, IBA (Multitouch books made via iBooks Author), PDF |
Sony Reader[9] | EPUB, PDF, TXT, RTF, DOC, BBeB |
Kobo eReader dan Kobo Arc[12][13] | EPUB, PDF, TXT, RTF, HTML, CBR (untuk buku komik), CBZ (buku komik) |
PocketBook Reader dan PocketBook Touch[14][15] | EPUB DRM, EPUB, PDF DRM, PDF, FB2, FB2.ZIP, TXT, DJVU, HTM, HTML, DOC, DOCX, RTF, CHM, TCR, PRC (MOBI) |
Aspek kepenggunaan
[sunting | sunting sumber]Kelebihan
[sunting | sunting sumber]E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat e-buku ini tanpa beban yang berat. Komponen ia yang terdiri daripada data elektronik semata-mata mengurangkan saiz dan berat e-buku menjadi jauh lebih ringan berbanding buku cetakan yang ada di pasaran. Sekiranya satu e-buku mempunyai saiz 10 MB, kira-kira 100 e-buku boleh disimpan dalam satu CD. Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk silang menggunakan hyperlink. Ini menjadikan format e-buku yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan sesetengah buku teks.
Kelemahan
[sunting | sunting sumber]Fail buku elektronik memerlukan perkakasan tambahan agar kandungannya dapat dibaca langsung, terutamanya peranti pemaparan elektronik serta bekalan elektrik yang mungkin memakan kos mahal. Tambahan lagi, kebanyakan e-buku memerlukan aturcara paparan khas yang mungkin tidak tersedia secara mudah atau serasi dengan peranti komputer kini. Kebergantungan e-buku kepada perkakasan lain untuk dibaca mendedahkan ia kepada risiko terjejas disebabkan kegagalan perkakasan perkakasan atau perisian, seperti kegagalan cakera keras atau serangan virus. Teknik pengurusan hak digital boleh digunakan bagi mengehadkan kepenggunaan buku oleh si pemilik sehingga tidak mungkin mengalih hak e-buku kepada orang lain tidak sepertimana buku fizikal boleh dikongsikan dengan sesiapapun. Sesetengahnya pula menghubungi pelayan asal bagi menjejak pembaca dan tabiat membaca, atau menghadkan pecetakan.
Peranti e-buku masih menawarkan pengalaman membaca yang kurang berbanding buku fizikal; resolusi skrin dan kontras antara teks dengan latar belakang paparan cenderung lebih rendah berbanding kertas terutamanya jika digunakan dalam persekitaran disinari cahaya terik matahari. Kebanyakan pembaca juga lebih gemari tekstur kertas disentuh yang dianggap lebih memudahkan berbanding skrin komputer.
Dari sudut pandangan penerbit, e-buku boleh digodam atau dileraikan tanpa kebenaran penerbit atau pengarang dengan mudahnyal; hal ini menyebabkan dokumen yang tidak dilindungi berisiko disalin sejumlah salinan sempurna tanpa had.
Buku Interaktif
[sunting | sunting sumber]Selain buku elektronik, terdapat juga buku interaktif. Buku interaktif ialah buku yang mana para pembacanya boleh berinteraktif dengan buku tersebut, seperti buku tersebut boleh berbunyi serta bertanyakan soalan.
Antara contoh buku interaktif di Malaysia ialah buku My First Book dan buku My Islamic Book dari MommyHana. Kedua-dua buku ini boleh didapati dari https://www.mommyhana.com/
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Gardiner, Eileen; Musto, Ronald G. (2010). Suarez, Michael Felix; H. R. Woudhuysen (penyunting). The Oxford Companion to the Book. Oxford: Oxford University Press. m/s. 164.
- ^ García, Guillermo (25 Januari 2013). "Doña Angelita, la inventora gallega del libro electrónico". SINC (dalam bahasa Spanish). Fundación Española para la Ciencia y la Tecnología. Dicapai pada 15 Mei 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Lallanilla, Marc. "Is This 1949 Device the World's First E-Reader?". Live Science. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2014. Dicapai pada 15 Mei 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Alison Flood (8 September 2011). "Michael Hart, inventor of the ebook, dies aged 64". London: The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2015. Dicapai pada 24 Oktober 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "KarnaDya Solutions Sdn Bhd".
- ^ "Hingga Akhir Hayat".
- ^ "MPH Digital". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 2021-09-24.
- ^ Maul, Kimberly (21 Februari 2006). "Checking Out the Machines Behind Book Digitization". The ebook standard. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2007.
- ^ a b Suleman, Khidr (20 September 2010). "Sony Reader Touch and Amazon Kindle 3 go head-to-head". The Inquirer. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2012. Dicapai pada 27 Januari 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Beyond Ebooks". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 June 2011. Dicapai pada 12 Jun 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Patel, Nilay (27 Januari 2010). "The Apple iPad: starting at $499". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2010. Dicapai pada 27 Januari 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Covert, Adrian. "Kobo Touch E-Reader: You'll Want to Love It, But ..." Gizmodo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2011. Dicapai pada 17 Jun 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Kobo eReader Touch Specs". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2011. Dicapai pada 29 Jun 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Kozlowski, Michael. "Hands on review of the Pocketbook PRO 902 9.7 inch e-Reader". goodereader.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2011. Dicapai pada 3 Januari 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "PocketBook Touch Specs". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2012. Dicapai pada 15 Mei 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
- Doctorow, Cory (February 12, 2004). Ebooks: Neither E, Nor Books, O'Reilly Emerging Technologies Conference
- James, Bradley (November 20, 2002). The Electronic Book: Looking Beyond the Physical Codex Diarkibkan 2005-03-05 di Wayback Machine, SciNet
- Lynch, Clifford (May 28, 2001). The Battle to Define the Future of the Book in the Digital World, First Monday - Peer reviewed journal on the Internet
- Menta, Robert (December 26, 2000). Read an e-book to your child, go to jail?, MP3 Newswire
- Flint's description of the inspiration for the Library in an USENET post
- Building the Baen Free Library by Eric Flint - a 2002 essay, republished from Library's news at the link above
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rencana berkaitan
- James, Bradley (20 November 2002). The Electronic Book: Looking Beyond the Physical Codex, SciNet
- "E-Books Spark Battle Inside Publishing Industry", The Washington Post, 27 Disember 2009.
- Laman kandungan maklumat
- mags.celex.com.my Diarkibkan 2020-07-15 di Wayback Machine - perkhidmatan buku elektronik percuma dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia
- Buku Sekolah Elektronik - pustaka dalam talian sediaan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia
- ebookee.com A free ebooks library and search engine
- The OpenReader Consortium Advocates nonproprietary e-book format without DRM-related loopholes
- The Openberg project (open-source implementation of the OeBF's recommendations)
- eBook Searchr e-book search engine
- The Online Books Page comprehensive listing of freely available ebooks
- Cool Dog Ebooks comprehensive listing of freely available ebooks mostly relating to computer sciences