Dylan Wang
Dylan Wang | |
---|---|
王鹤棣 | |
Kelahiran | |
Pusat pendidikan | Sichuan Southwest Vocational College of Civil Aviation[1] |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2018–kini |
Ejen | Mon Young Entertainment[2] |
Dylan Wang (lahir 20 Disember 1998) ialah seorang pelakon dan penyanyi dari China. Beliau mula mendapat perhatian melalui peranannya sebagai Daoming Si dalam adaptasi semula Meteor Garden (2018) dan mencapai kemasyhuran besar sebagai Dongfang Qingcang dalam drama fantasi sejarah Love Between Fairy and Devil (2022).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Wang dilahirkan di bandar Leshan, negeri Sichuan, China. Ibu bapanya pernah bekerja di sebuah kilang farmaseutikal sebelum membuka sebuah kedai sate goreng. Sejak kecil, beliau meminati sukan bola keranjang dan mengidolakan pemain NBA, LeBron James.[3][4]
Pada usia 14 tahun, Wang berpindah ke Chengdu untuk belajar di sebuah sekolah vokasional. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Kolej Vokasional Southwest Sichuan Penerbangan Awam, di mana beliau pernah menjadi model untuk poster promosi program Penjaga Penerbangan kolej tersebut.[4][5]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada Jun 2017, Wang memulakan kerjayanya dalam industri hiburan dengan memenangi rancangan realiti Super Idol, yang dihoskan oleh He Jiong di platform Youku. Kemenangannya menarik perhatian Angie Chai, seorang pengarah dan penerbit drama terkenal dari Taiwan. Hal ini membuka pintu buat Wang ke dunia seni.[6]
Pada tahun 2018, Wang membuat debutnya dalam peranan utama sebagai Daoming Si dalam adaptasi semula Meteor Garden, berdasarkan manga shōjo Jepun Boys Over Flowers.[7] Drama ini disiarkan di Hunan TV dan Netflix, memberikan pendedahan antarabangsa kepada Wang.[8]
Pada tahun 2022, beliau mencapai kejayaan besar dengan drama fantasi sejarah Love Between Fairy and Devil, yang sangat popular di China dan turut mendapat sambutan baik di peringkat antarabangsa di platform iQiyi.[9]
Sepanjang kerjayanya, Wang telah membintangi pelbagai drama dengan genre yang berbeza. Pada 2023, beliau berlakon dalam drama sejarah Unchained Love (2022–2023), sitkom moden Never Give Up, dan drama romantis Only for Love bersama Bai Lu.[10]
Pada 2024, beliau menyertai acara NBA All-Star Celebrity Game, membuktikan minatnya yang berterusan terhadap bola keranjang.[11] Sehingga September 2024, beliau merupakan jurucakap untuk jenama domestik seperti AutoNavi dan Xtep.[12][13] Beliau juga menjadi duta untuk jenama antarabangsa seperti Louis Vuitton,[14] Pepsi,[15] Estée Lauder,[16] dan Fenty Beauty.[17]
Beliau juga bakal tampil dalam beberapa projek besar, termasuk drama fantasi Guardians of the Dafeng,[18] drama jenayah Light to the Night,[19] dan filem sci-fi Per Aspera Ad Astra.[20]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Nota |
---|---|---|---|
2018 | Meteor Garden | Daoming Si | [21] |
2020 | Ever Night: War of Brilliant Splendours | Ning Que | [22][23] |
2021 | The Rational Life | Qi Xiao | [24] |
Miss the Dragon | Yuchi Longyan / Long Yuchi / Long Yan | [25] | |
2022 | Love Between Fairy and Devil | Dongfang Qingcang | [26] |
Unchained Love | Xiao Duo | [27] | |
2023 | Never Give Up | Bai Mashuai | [28] |
Youth in the Flames of War | Cheng Jiashu | [29] | |
Only for Love | Shi Yan | [10] | |
2024 | Guardians of the Dafeng | Xu Qi'an | [18] |
Light to the Night | Ran Fangxu | [19] |
Tahun | Tajuk | Watak | Nota | |
---|---|---|---|---|
2023 | Look Up and See Joy | 抬头见喜 | Gao Wenhan / Guo Zai | [30] |
TBA | Per Aspera Ad Astra | 星河入梦 | [20] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "《苍兰诀》热播中,西航明星学长王鹤棣再被考古上热搜" ["Love Between Fairy and Devil" is a hit, Southwest Aviation star alumnus Dylan Wang trends on social media again as his past is dug up]. Sichuan Southwest Vocational College of Civil Aviation. 2022-08-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-07-30. Dicapai pada 2024-10-11.
- ^ "王鹤棣入股其经纪公司 间接持有约29%股权" [Dylan Wang acquires shares in his management company, indirectly holding about 29% of the equity.]. Sohu. 2024-04-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-06-11. Dicapai pada 2024-10-11.
- ^ Xing, Wen (19 March 2024). "Hoops & dreams". China Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2024. Dicapai pada 26 March 2024.
- ^ a b Yi, Huan (8 October 2022). "少年棣的奇幻漂流" [The Fantastical Voyage of Young Di]. Weixin Official Accounts Platform (dalam bahasa Cina). Renwu. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 May 2024. Dicapai pada 9 March 2024.
- ^ Pag-Iwayan, Jessica (2019-07-26). "Get to know Dylan Wang beyond 'Meteor Garden'". PressReader. Manila Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2024. Dicapai pada 2024-06-04.
- ^ Su, Isabel (25 January 2023). "Dylan Wang: Rise of China's Newest Drama Star". RADII (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2023. Dicapai pada 6 March 2024.
- ^ Yip, Wai Yee (10 November 2017). ""Meet the new F4 and Shancai in the 2018 Meteor Garden TV reboot". The Straits Times.
- ^ "'Meteor Garden 2018' kini boleh ditonton di Netflix". Utusan Borneo. 2018-07-15. Dicapai pada 2024-11-30.
- ^ Ang, Yiying (5 February 2024). "Chinese star Dylan Wang wants his body of work to have 'diversity'". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2024. Dicapai pada 9 March 2024.
- ^ a b "《以爱为营》开机!王鹤棣白鹿手拿红包同框合照". 1905.com (dalam bahasa Cina). 23 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 December 2022. Dicapai pada 23 December 2022.
- ^ "Chinese actor Dylan Wang meets his idol, NBA star LeBron James". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-20. Dicapai pada 2024-11-30.
- ^ Liu, Shaoxu (2023-07-05). "高德地图宣布推出王鹤棣导航语音包,打造出门好生活服务的"哪儿都熟电台"" [Autonavi announced the launch of a navigation voice pack featuring Dylan Wang, creating the "Familiar Everywhere Radio" to enhance travel navigational services.]. Securities Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2024. Dicapai pada 2024-06-04.
- ^ "官宣:王鹤棣成为特步品牌代言人" [Official Announcement: Dylan Wang Becomes Xtep Brand Ambassador]. Sina Corporation. 2022-12-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2024. Dicapai pada 2024-06-04.
- ^ Zhang, Jing (5 January 2023). "China's Next Big Thing? Who Is Louis Vuitton's Latest Ambassador Dylan Wang?". Jing Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2024. Dicapai pada 10 March 2024.
- ^ Mishra, Nikita (4 March 2024). "Pepsi unveils new logo and identity; colours 120 markets in electric blue". Campaign Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2024. Dicapai pada 2024-04-16.
- ^ "一周代言速看 | 王鹤棣成为雅诗兰黛护肤大使" [Dylan Wang becomes Estée Lauder skincare ambassador]. Modern Advertising. 2022-10-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2024. Dicapai pada 2024-06-04.
- ^ ""风蕾棣火" 多元玩妆 FENTY BEAUTY BY RIHANNA正式宣布王鹤棣为全球品牌代言人". Elle China (dalam bahasa Cina). 3 September 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-09-20.
- ^ a b Xu, Meilin (12 December 2023). "王鹤棣、田曦薇新剧《大奉打更人》杀青" [Wang Hedi and Tian Xiwei's new drama 'Guardians of Dafeng' wraps up filming]. The Beijing News. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2024. Dicapai pada 7 April 2024.
- ^ a b Dong, Na (13 March 2024). "《黑夜告白》开机,主演王鹤棣深夜发文纪念拍完首日戏份". The Beijing News. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2024. Dicapai pada 7 April 2024.
- ^ a b Teng, Chao (2024-09-20). "韩延新片《星河入梦》曝概念海报,王鹤棣、宋茜主演" [Han Yan's new film Per Aspera Ad Astra reveals concept poster, starring Dylan Wang and Victoria Song.]. The Beijing News. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2024. Dicapai pada 21 September 2024.
- ^ Aydee Tie (11 July 2018). "New F4 are ready to charm viewers in Netflix's 'Meteor Garden' 2018 remake". South China Morning Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2018. Dicapai pada 23 July 2018.
- ^ Wu, Zhi (10 January 2019). "《将夜2》男主角换成王鹤棣,女主仍是宋伊人" [The male lead in "Ever Night 2" is replaced by Dylan Wang, but the female lead is still Song Yiren]. The Beijing News (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2024. Dicapai pada 4 November 2023.
- ^ "Astro Content". content.astro.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-30.
- ^ Ai, Xiuyu (31 March 2021). "秦岚搭档王鹤棣演绎姐弟恋,《理智派生活》今日开播". Yangcheng Evening News. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2021. Dicapai pada 10 April 2024.
- ^ "陸劇《遇龙》王鹤棣千年龙王不懂世间情,和冥王邓为彼此切磋,宛如《鬼怪》黑白双帅搞笑追爱意外苏甜". Marie Claire Taiwan (dalam bahasa Cina). 24 May 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2023. Dicapai pada 26 May 2023.
- ^ Ang, Yiying (5 February 2024). "Chinese star Dylan Wang wants his body of work to have 'diversity'". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2024. Dicapai pada 9 March 2024.
- ^ "王鹤棣、陈钰琪主演网剧《浮图缘》12月27日开播". The Beijing News (dalam bahasa Cina). 23 December 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2022. Dicapai pada 23 December 2022.
- ^ "职场打拼:郑恺、陈钰琪、王鹤棣《今日宜加油》21日开播". Chengdu Economic Daily. Hongxing Xinwen. 16 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2023. Dicapai pada 16 February 2023.
- ^ "我们的西南联大" (dalam bahasa Cina). Sina Corporation. 18 June 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2019. Dicapai pada 18 June 2019.
- ^ "京产网络电影《抬头见喜》热映中欢乐暖心被赞春节档必看佳作". Guangming Daily. Capital Radio & TV Program Producers Association. 2023-01-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2023. Dicapai pada 2024-05-05.