Dunia Kedua
Dunia Kedua (bahasa Inggeris: Second World ) meliputi negara-negara sosialis maju (secara rasminya: Blok Timur) yang sebahagian besarnya berada di bawah pengaruh Kesatuan Soviet. Terdapat 19 buah negara komunis berikutan Perang Dunia Kedua, di mana hanya lima buah negara sosialis sahaja yang tinggal selepas kejatuhan Kesatuan Soviet: China, Korea Utara, Cuba, Laos, dan Vietnam. Istilah ini digunakan bersama-sama dengan "Dunia Pertama" dan "Dunia Ketiga" untuk membahagikan negara-negara Bumi kepada tiga kategori yang luas.
Konsep "Dunia Kedua" ini diwujudkan sewaktu Perang Dingin dan masih digunakan sebahagian besarnya untuk menggambarkan negara-negara bekas komunis yang berada antara kemiskinan dan kemakmuran, banyak daripadanya sekarang merupakan negara kapitalis. Maksud sebenar istilah "Dunia Pertama", "Dunia Kedua" dan "Dunia Ketiga" secara beransurnya berubah pentakrifannya dari berdasarkan ideologi politik kepada keadaan ekonomi.[1] Teori tiga dunia ini telah dikritik kerana bersifat mentah dan agak ketinggalan zaman kerana konsep turutan nominalnya (1; 2; 3), maka pakar sosiologi kini telah menggunakan kata-kata "maju", "membangun", dan "mundur" sebagai istilah yang lebih sesuai menggambarkan susun lapis dunia—walau bagaimanapun, teori ini masih popular digunakan dalam kesusasteraan dan media kontemporari. Hal ini mungkin juga menyebabkan kepelbagaian semantik istilah antara penggambaran entiti politik sesebuah kawasan dengan para penduduknya.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Margaret L. Andersen; Howard Francis Taylor (2006). Sociology: Understanding a Diverse Society. Thomson/Wadsworth. m/s. 250. ISBN 978-0-534-61716-5.
- ^ Giddens, Anthony (2006). Sociology. Polity. ISBN 9780745633794.