Duku terengganu
Penampilan
Duku Terengganu merupakan antara varieti duku langsat yang unik kerana kemanisannya, kenyal, berbiji kecil dan rasa sejuk apabila dimakan. Buah ini adalah jenis buah bermusim yang ditanam dikawasan keliling rumah di kampong tradisional atau pada dusun komersil. Ia merupakan sejenis buah tropika yang ditanam di negara kita (Malaysia) daripada keluarga Meliaceae. Duku Terengganu banyak ditanam di Negeri Terengganu. Kawasan penanaman Duku Terengganu juga terdapat di negeri Kelantan serta beberapa lokasi di Negeri Pahang.
Buah
[sunting | sunting sumber]Bentuk buahnya adalah bulat dan lonjong (Oblong) manakala kulit buah agak nipis berbanding dengan buah duku Johor. Isinya manis, kenyal dan ada 5 ulas. Bijinya pula terasa pahit jika dikunyah.