Pergi ke kandungan

Douglas McGregor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Douglas McGregor (1906 – 1964) merupakan seorang profesor pengurusan di MIT Sloan School of Management dan presiden Kolej Antioch dari 1948 hingga 1954.[1] Bukunya The Human Side of Enterprise yang diterbitkan pada 1960 mempunyai pengaruh yang mendalam dalam amalan pendidikan. Dalam bukunya dia mengenal pasti satu pendekatan untuk mencipta persekitaran di mana pekerja mendapat motivasi melalui kuasa, arahan dan kawalan atau penyepaduan dan kawalan kendiri, yang dipanggilnya teori X dan teori Y.