Dongye atau Ye Timur merupakan sebuah kerajaan Korea yang meliputi kawasan timur laut Semenanjung Korea dari sekitar abad ke-3 SM sehingga awal abad ke-5 M. Kerajaan ini bersempadanan dengan Goguryeo dan Okjeo di utara, Jinhan di selatan serta wilayah Lelang China di barat. Pada hari ini, Dongye berada dalam wilayah Hamgyong Selatan dan Kangwon di Korea Utara serta wilayah Gangwon di Korea Selatan. Adalah dipercayai bahawa salah satu suku purba dalam kerajaan ini telah membentuk orang Tungus.[1][2].