Dominic Howard
Dominic Howard | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Dominic James Howard |
Kelahiran | Stockport, England | 7 Disember 1977
Genre |
|
Pekerjaan |
|
Instrumen | |
Tahun aktif | 1994–kini |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait | Muse |
Laman sesawang | muse |
Alat muzik terkenal | |
Dram |
Dominic James Howard (lahir 7 Disember 1977) ialah seorang pemuzik berbangsa Inggeris yang terkenal sebagai pemain dram, perkusi dan pembantu penerbit bersama kumpulan rock alternatif, Muse. Beliau turut memyumbang dalam penerbitan elemen muzik sintesis dan elektronik yang terdapat di dalam muzik mereka.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Howard dilahirkan Stockport, Greater Manchester, di England.[1] Di usia 8 tahun, mereka sekeluarga berpindah ke Teignmouth, sebuah pekan kecil di Devon. Bermain drum seawal usia 12 tahun. Di bangku sekolah, persembahannya berisnpirasikan dari kugiran berunsur jazz.[2]
Kugiran Howard bernama Carnage Mayhem,[3] ketika di sekolah. sementara itu, beliau telah bersahabat dengan Matt Bellamy, dimana kedudukan kumpulan kugirannya tidak stabil. Tidak lama selepas itu, Bellamy diberi peluang untuk menyertai kumpulan kugiran Howard. Menyepi selama dua tahun, Bellamy mencadangkan mereka menulis lagu sendiri, sedangkan hanya tinggal Howard and Bellamy di dalam kumpulan. Tampil Chris Wolstenholme, seorang pemain drum untuk kumpulan "Fixed Penalty", berbekalkan "semangat pengorbanan" kemudiannya menyertai mereka untuk bermain di posisi bass.
Di bulan pertama 1994 Gothic Plague dilahirkan, diikuti dengan Rocket Baby Dolls mereka memutuskan Muse sebagai nama kumpulan mereka.
Seorang pemain drum kidal. Beliau juga turut bermain untuk Vicky Cryer bersama Jason dari Louis XIV.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada 2004, bapa Howard, William Howard, datang ke Glastonbury Festival untuk manyaksikan persembahan Muse. Selepas sahaja tamat persembahan, William mati akibat serangan jantung. Kumpulan tersebut membatalkan persembahan mereka termasuklah persembahan yang bakal berlangsung di Itali dan Roskilde Festival. Kumpulan ini mengeluarkan kenyataan "dalam masa yang sukar ini, kami meminta agar privasi buat keluarga dan sahabat Howard dihormati".
Dalam satu sesi soal jawab beliau dan Bellamy bersama peminat, Howard menyatakan selebriti, hidup atau mati, yang paling ingin beliau temui adalah Jimi Hendrix.[4] Pernah memiliki seekor anjing diberi nama Hendrix. Walau bagaimanapun, anjing itu bukan miliknya lagi.[5]
Pada 26 September 2008, Howard, bersama Bellamy and Wolstenholme, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat dalam bidang seni dari University of Plymouth.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Muse: profile of the band". The Daily Telegraph. London. 2 December 2010.
- ^ http://www.musedrums.co.uk/?page_id=19
- ^ "1999 Muse Documentary". Microcuts.net. 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-07. Dicapai pada 1 August 2007.
- ^ "Muse Q&A with Fans: 'The 2nd Law' - from the archive - Full HD". Absolute Radio. 21 January 2014. Dicapai pada 29 March 2014.
- ^ "Muse Interview With Dave Scott". tasha BellDom. 26 February 2013. Dicapai pada 12 December 2013.
- ^ Holland, Alex J. (26 September 2008). "Plymouth University honour for rock stars Muse". This is Plymouth. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-06. Dicapai pada 18 October 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dominic Howard |