Dokumen perjalanan pelarian
Dokumen perjalanan pelarian (juga dikenali sebagai dokumen perjalanan Konvensyen 1951 atau pasport Geneva) merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan untuk pelarian oleh kerajaan dimana individu tersebut dibenarkan untuk perjalanan luar negeri dan kembali ke sana. Pelarian tidak mampu untuk mendapatkan pasport dari negara kewarganegaraan mereka dan oleh itu memerlukan dokumen perjalanan bagi membolehkan melakukan perjalanan antarabangsa.
Sebanyak 145 buah negara yang terbabit dalam Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 diwajibkan untuk mengeluarkan dokumen perjalanan kepada pelarian yang bermastautin secara sah di sesebuah negara.[1]
Dokumen perjalanan pelarian menyerupai buku kecil pasport. Muka hadapannya tertera "Dokumen Perjalanan" dalam bahasa Inggeris dan Perancis (serta bahasa rasmi negara yang mengeluarkannya), juga tarikh konvensyen 1951: 28 Julai 1951. Pada asalnya dokumen ini berwarna kelabu; namun kini terdapat negara-negara yang mengeluarkan warna yang berbeza; dengan dua garisan pepenjuru di sudut kiri atas muka hadapan. Pemegang dokumen perjalanan ini menikmati keistimewaan perjalanan tanpa visa oleh negara-negara yang menandatangani Konvensyen 1951.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Under Article 28 of the Convention.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dokumen perjalanan pelarian |
- Travel documents Diarkibkan 2009-03-13 di Wayback Machine Passport Canada
- 1951 Convention travel document Images from Passportland.com