Diva Seroja
Diva Seroja | |
---|---|
Genre | Komedi drama Remaja |
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Lain Level" - Eliesya & Altimet |
Lagu penutup | "Ya Laila" - Shazreen Shaharum & Aiman Nomad |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Wan Nur Syafiqa Wan Zamri |
Penerbit | Wan Zamri Wan Abdul Kadir |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Lestary) Tonton |
Format gambar | |
Siaran asal | 9 Jun 2023 | – 7 Julai 2023
Kronologi | |
Mengikuti | Adnan Runner |
Diikuti oleh | Keria Women |
Diva Seroja ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2023 arahan Pali Yahya terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Puteri Balqis, Harissa Adlynn, Nur Amira Syahira, Amanda Tan & Kashika Selvam. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 dari 9 Jun hingga 7 Julai 2023 menggantikan Adnan Runner.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang berbakat dalam bidang seni dan sukan. Mereka terkenal di kalangan pelajar dan guru Sri Seroja bukan sahaja kerana bakat mereka tetapi juga perangai mereka yang nakal dan sering membuat kekecohan di sekolah!
Diva Seroja ini dianggotai oleh 5 pelajar iaitu Amanda (Puteri Balqis), Maya (Harissa Adlynn), Vivi (Amanda Tan), Shanty (Kashika Selvam), dan Leyla (Amira Syahira). Masing-masing mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dan sering menimbulkan masalah di sekolah kerana terbawa-bawa dengan masalah keluarga mereka di rumah. Setiap hari pasti ada sahaja masalah yang timbul di sekolah!
Perpindahan Cikgu Azlan (Nafiz Muaz), seorang cikgu yang memahami ahli Diva Seroja yang sedang menginjak dewasa, telah membuatkan mereka memberontak kerana tidak mahu kehilangan cikgu kesayangan mereka. Cikgu Azlan telah digantikan dengan Cikgu Suzila (Fasha Sandha), seorang guru yang berperwatakan lembut dan penyayang. Cikgu Suzila telah menarik kesemua ahli Diva Seroja untuk menyertai kelab kebudayaan. Dapatkah kelima-lima mereka menerima kehadiran Cikgu Suzila dan sekaligus mengubah perilaku mereka menjadi lebih baik? Berjayakah Cikgu Suzila membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh mereka? [1]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Puteri Balqis sebagai Amanda
- Harissa Adlynn sebagai Maya
- Amanda Tan sebagai Vivi
- Kashika Selvam sebagai Shanty
- Nur Amira Syahira sebagai Leyla
- Fasha Sandha sebagai Cikgu Suzila
- Nafiz Muaz sebagai Cikgu Azlan
- Shazia Rozaini sebagai Cikgu Suzanne
- Nasz Sally sebagai Cikgu Mariaton
- Meor Mohd sebagai Cikgu Mukhriz
- Janet Khoo sebagai Pengetua Suminah
- Syazuwan Hassan sebagai Saifudin
- Atoi Tohet sebagai Mahfuz
- Azhar Amir sebagai Rahman
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Diva Seroja mcentralmy. Dicapai pada 24 Jun 2023.