Diskondroplasia tibia
Penampilan
Diskondroplasia tibia (Tibial dyschondroplasia, TD) merupakan penyakit metabolisme pada ayam itik muda yang menjejaskan pertumbuhan tulang dan rawan. Ia selalu menimpa ayam pedaging dan ayam itik lain yang dibiakbakakan untuk tumbuh cepat. Rawan tibia tidak cukup matang untuk berosifikasi (menjadi tulang).[perlu rujukan] Ini menyebabkan plat pertumbuhan terdedah kepada keretakan, jangkitan dan kecacatan perkembangan tulang. Inilah punca utama kelembikan, mortaliti, dan penolakan bangkai dalam perusahaan ayam itik komersil.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Turner, Jackie (2005). THE WELFARE OF BROILER CHICKENS IN THE EUROPEAN UNION. UK: Compassion in World Farming Trust. m/s. 35. ISBN 1-900156-35-0.