Disember 2007
Penampilan
Disember 2007 ialah bulan ke-12 untuk tahun 2007. Ia bermula pada hari Sabtu dan berakhir selepas 31 hari pada hari Isnin.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 27 Disember - Benazir Bhutto (gambar) disahkan terbunuh dalam serangan berani mati di Rawalpindi, Pakistan jam 9.45 malam.
- 27 Disember - Festival Gendang Sedunia diadakan di Kuala Lumpur sebagai penutup Tahun Melawat Malaysia 2007.
- 23 Disember - Parti Palang Prachachon memenangi pilihan raya umum Thailand.
- 21 Disember - Jambatan Persahabatan Malaysia – Thailand dibuka.
- 19 Disember - Lee Myung-bak (gambar) dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.
- 15 Disember - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan bahawa darurat di Pakistan telah berakhir.
- 13 Disember - Negara-negara ahli Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon.
- 6 Disember - Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2007 diadakan di Langkawi, Malaysia.
- 2 Disember - Keputusan Referendum Perlembagaan Venezuela 2007 menolak pindaan yang dicadangkan Presiden Hugo Chávez.