Pergi ke kandungan

Dinamik (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dinamik
Kulit album Kumpulan Dinamik
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Eye's Killers (1986-1989)
Berasal dariPahang Pahang, Malaysia Malaysia
GenreRock & Balada
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1986-1992
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
Kumpulan Dinamik
AhliNai - Vokal
Norin - 1st Lead
Jeff - 2nd Lead
Nan - Bass
Lie - Dram
Bekas ahliMozri - Vokal
Fauzi - Dram
Leman - Dram

Kumpulan Dinamik merupakan sebuah kumpulan muzik yang mula menempa nama di persada muzik tempatan pada awal tahun 90-an. Kesemua anggota kumpulan ini berasal dari Pahang kecuali dua anggota mereka iaitu Nai (vokal) yang berasal dari Sarawak dan Norin (1st lead) yang berasal dari Mersing, Johor. Pada asalnya, kumpulan Dinamik ini dikenali sebagai Eye's Killers sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur untuk merakamkan album pertama mereka, Revolusi Mental pada penghujung tahun 1990.

Selepas itu, kumpulan ini turut menghasilkan album kompilasi pada 1992 yang berjudul yang turut disertai beberapa kumpulan lain seperti Olan, Aces, Victim, Gravity dan Justice.

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dengan nama asalnya iaitu Eye’s Killers. Kumpulan ini pada asalnya terdiri daripada empat orang anggota di mana mereka semua berasal dari Pahang iaitu Talib (vokal), Nan (bass) dan Lie (dram) kecuali Norin (gitar utama) yang berasal dari Mersing, Johor.

Minat yang begitu mendalam dalam bidang muzik telah mendorong mereka menimba pengalaman bermain muzik di majlis-majlis kahwin, ekspo dan di mana saja yang menawarkan mereka bermain muzik. Mereka tidak kisah walaupun harga yang dibayar tidak seberapa dan kadang-kadang tidak menerima bayaran langsung. Yang penting pada mereka ialah kepuasan dan kegembiraan dalam bermain muzik.

Pada tahun 1988, mereka mencuba nasib dengan menyertai pertandingan Juara Rock Tenggara '88. Beberapa kumpulan rock lain juga turut bertanding. Hasil usaha keras dan kegigihan mereka, Eye’s Killer telah menjadi juara dalam pertandingan itu.

Ekoran kejayaan itu, mereka ditawarkan untuk merakamkan album bersama beberapa kumpulan rock lain dalam album yang berjudul War Rock 3 yang dirakamkan di Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1989 oleh Mutiara Productions. Dalam album tersebut, mereka berpeluang menyelitkan beberapa buah lagu hasil ciptaan mereka sendiri. Kumpulan Spring's, Mentari dan Cakrawala turut sama merakamkan lagu dalam War Rock 3. Malangnya, album tersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan tetapi, mereka tidak patah semangat malah mereka terus mengorak langkah dan kembali menumpukan perhatian terhadap latihan muzik.

Dalam pada itu, anggota kumpulan ini telah bersilih ganti. Selepas pengunduran penyanyi asalnya Talib, mereka terus bertukar-tukar penyanyi antaranya Shamsul, Sabai sehinggalah Mozri menyertai mereka sebagai vokalis tetap. Kumpulan ini kemudiannya bertambah menjadi lima orang anggota dengan kemasukan Jeff (gitar kedua) untuk memantapkan lagi perjalanan seni mereka. Beberapa konsert di bahagian Pantai Timur telah disertai mereka, antaranya mengiringi artis Sheeda dan beberapa artis lain. Ini membuatkan mereka semakin dikenali ramai.

Perkenalan dengan penerbit dan penyanyi Afzainizam Ismail akhirnya mendatangkan tuah buat mereka. Betapa bersyukurnya mereka kerana cita-cita untuk melahirkan album selama ini tercapai jua. Itulah impian bagi kebanyakan kumpulan muzik pada masa itu. Mereka mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan menukar nama kumpulan mereka kepada DINAMIK.

Album pertama Dinamik, Revolusi Mental telah diterbitkan oleh Afzainizam Ismail di bawah label New Southern Records (NSR). Namun begitu, mereka hanya sempat menyiapkan 2 buah lagu iaitu Tahyul dan Rindu-Rindu apabila Mozri (vokal) dan Lie (dram) mengundurkan diri. Tempat Mozri akhirnya digantikan oleh penyanyi bersuara lunak yang berasal dari Sarawak iaitu James Junai Juki atau lebih dikenali sebagai Nai yang melontarkan suaranya untuk lagu-lagu yang selebihnya dalam album tersebut, manakala tempat Lie sebagai pemain dram digantikan oleh Fauzi.

Dua buah single dari album ini, Di Antara Gadis dan Dilema Rindu nyanyian Nai telah melonjakkan nama Dinamik di persada muzik tempatan apabila menjadi antara lagu yang mendapat sambutan hangat di tanah air pada tahun 1991. Dalam masa 5 bulan sahaja, album ini telah terjual sebanyak 400,000 unit lalu menjadikan Dinamik sebagai salah satu kumpulan rock yang amat popular pada waktu itu. Kejayaan album tersebut juga membawa tuah buat mereka apabila mara ke pertandingan akhir Juara Lagu 1991 menerusi lagu Antara Gadis.

Kejayaan ini kemudiannya diikuti dengan album kedua mereka yang berjudul Repplika pada tahun 1992. Album ini juga mencatatkan jualan tertinggi di Malaysia dengan lagu hitnya, Biar Putih Tulang, Lelengau dan Intan Ku Untuk Siapa. Dalam album ini, Norin (gitar utama) dan Fauzi (dram) telah menarik diri dan digantikan dengan Leman di posisi dram, menjadikan kumpulan ini 4 anggota sahaja.

Waktu itu Dinamik tidak putus-putus menerima undangan show dari serata tanahair. Sambutan yang diberi oleh pengunjung dan peminat-peminat amat meriah. Begitu juga halnya ketika mereka membuat persembahan di Singapura, Thailand dan kepulauan Riau. Ramai yang datang menyaksikan persembahan Dinamik.

Surat-surat dan hadiah-hadiah dari peminat tidak terkira banyaknya. Sebanyak 2 guni surat-surat peminat diterima oleh Dinamik setiap bulan termasuk lukisan potret dan cenderamata. Ada juga peminat yang mengajak anggota-anggota kumpulan ini bercinta dan berkahwin. Maklumlah masa tu mereka sedang ‘hot’. Itulah antara kenangan manis yang pernah dilalui oleh kumpulan Dinamik. Kenangan pahit pula salah satunya ditipu oleh pihak penganjur yang tidak membayar duit persembahan. Itu kebiasaan yang terjadi pada artis-artis waktu itu.

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]

Eye's Killer 1986 - 1988  :

  1. Talib - Vokal
  2. Norin - Gitar Utama
  3. Nan - Bass
  4. Lie - Dram


Eye's Killer 1989 :

  1. Shamsul/Sebai/Mozri - Vokal
  2. Norin - Gitar Utama
  3. Nan - Bass
  4. Lie - Dram
  5. Ain - Saxofone


Dinamik 1990-1991 :

  1. Mozri & Nai - Vokal
  2. Norin - Gitar Utama
  3. Jeff - Gitar Kedua
  4. Nan - Bass
  5. Lie & Fauzi - Dram


Dinamik 1992 :

  1. Nai - Vokal
  2. Jeff - Gitar Utama
  3. Nan - Bass
  4. Leman - Dram



Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Studio

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Jualan
1990 Revolusi Mental 400,000 unit
1992 Repplika
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1992
  • Format : Kaset
  • Label : New Southern Records (NSR)

Album Kompilasi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Jualan
1992 Perjuangan
  • Album kompilasi
  • Dikeluarkan : 1992
  • Format : Kaset
  • Label : New Southern Records (NSR)

Anugerah & Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pertandingan Judul Komposer Penulis Lirik Kategori Keputusan
1991 Juara Lagu '91 Di Antara Gadis Afzainizam Azimah Tercalon
1992 Separuh Akhir Muzik-Muzik 7 Biar Putih Tulang Nadia Ewing Ann Rock Tercalon
  • Vokalis Dinamik, Nai atau nama lahirnya, James Junai Juki telah memeluk agama Islam pada tahun 1992 dengan nama baharunya, Mohd Nur Zainal bin Abdullah.
  • Jeff (gitar) dan Nan (bass) adalah adik-beradik.
  • Jeff merupakan menantu kepada bekas pemain dram kumpulan Sweet September, Dean Yusof.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]