Digital Devil Story: Megami Tensei
Digital Devil Story: Megami Tensei | |
---|---|
Pembangun | Namco |
Siri | Megami Tensei |
Platform | Famicom |
Pelepasan | 11 September 1987 |
Genre | RPG |
Mod | Pemain tunggal |
Digital Devil Story: Megami Tensei (デジタル・デビル物語 女神転生 , Dejitaru Debiru Sutorī Megami Tensei) ialah judul pertama dalam siri RPG popular iaitu Megami Tensei. Judul ini dicipta oleh "Wolf Team" (kumpulan bahagian Nihon Telenet yang kini digelar "Namco Tales Studio"), dan dikeluarkan untuk sistem Famicom oleh Namcot pada tahun 1987 (terdapat juga sebuah versi yang dikeluarkan untuk MSX [1]). Bersama-sama Digital Devil Story: Megami Tensei 2, judul ini telah diperbaiki di dalam permainan video Super Famicom yang dikenali sebagai Kyūyaku Megami Tensei
Dikenali sebagai "Mega-Ten" oleh para peminat, judul ini adalah berdasarkan Megami Tensei, iaitu jilid pertama dalam siri novel seram Digital Devil Story, dan mendedikasikan sebahagian besar permainannya dalam dungeon crawling (berkeliaran di dalam tapak pertarungan). Judul ini juga memberatkan peranan syaitan, yang telah berkembang menjadi suatu tanda berdaftar siri ini. Judul ini kemudiannya diikuti oleh sebuah judul sambungan, dan diikuti pula oleh sebuah siri bergelar Shin Megami Tensei (nama ini kemudiannya banyak digunakan dalam judul-judul seterusnya dalam francais mereka). Terdapat juga judul-judul sampingan, termasuklah Last Bible, Majin Tensei dan siri Persona, di mana yang terkini merupakan Digital Devil Saga: Avatar Tuner (dikenali sebagai Shin Megami Tensei: Digital Devil Saga di A.S.). Megami Tensei yang asal merupakan sebuah judul RPG 3-D yang memiliki beberapa sistem permainan MegaTen umum seperti "Auto-command" dan penggunaan komputer untuk menyimpan syaitan.
Judul ini tidak pernah dikeluarkan dengan rasmi di luar Jepun dalam apa bentuk sekalipun. Sebuah versi remake untuk digunakan dalam telefon bimbit kini sedang dicipta di bawah judul "Digital Devil Saga".
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Akemi Nakajima merupakan seorang pakar komputer yang telah mencipta satu program yang mampu menyeru syaitan daripada Makai. Dia membawa bersamanya rakannya iaitu Yumiko Shirasagi untuk menentang syaitan-syaitan jahat yang telah dilepaskannya. Judul ini dianggap mengambil tempat selepas kejadian kedua-dua buku Digital Devil Story di mana syaitan Loki dan Syaitan Set telah ditewaskan. Syaitan Lucifer telah membangkitkan mereka semula untuk bersiap-sedia untuk memasuki dunia manusia sekali lagi.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Digital Devil Story: Megami Tensei di MobyGames